awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas PM Norway disiasat berhubung elemen rasuah dalam fail Epstein
Malaysia berpotensi sebagai ‘orang tengah’ AS-Iran melalui jalur diplomatik - Duta Iran
Pengambilan terus pekerja asing langkah pembaharuan struktur pasaran buruh negara - DPMM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Budak 10 tahun dirogol dan dibunuh, mayat dicampak dari tingkat 6 pangsapuri

Sinar Harian
Sinar Harian
12/04/2025
01:40 MYT
Budak 10 tahun dirogol dan dibunuh, mayat dicampak dari tingkat 6 pangsapuri
Suspek dipercayai telah umpan mangsa dengan menawarkan permainan, menurut pihak polis. - Foto Sinar Harian/Agensi
THANE: Seorang lelaki berusia 20 tahun ditahan kerana disyaki menculik, merogol dan membunuh seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun sebelum mencampakkan mayatnya dari tingkap bilik mandi kediamannya di tingkat enam sebuah pangsapuri di Mumbra, Thane.
Menurut pihak berkuasa, kejadian tragis itu berlaku pada malam 7 April 2025 di sebuah pangsapuri 10 tingkat di kawasan Samrat Nagar.
Mangsa yang bukan penghuni bangunan tersebut dipercayai telah dipujuk oleh suspek dengan tawaran mainan sebelum dibawa ke rumahnya.
Suspek didakwa merogol mangsa, kemudian membunuhnya dengan senjata tajam dan seterusnya mencampakkan tubuh kanak-kanak itu melalui tingkap bilik mandi rumahnya.
Ketua Bahagian Pengurusan Bencana Perbandaran Thane, Yasin Tadvi berkata, pihaknya menerima laporan kejadian sekitar jam 11.48 malam Isnin.
Susulan itu, polis bersama pasukan bomba, pengurusan bencana dan ambulans swasta segera bergegas ke tempat kejadian.
Mayat mangsa kemudian ditemui dalam saluran menegak bangunan yang sempit dan operasi mengeluarkannya amat mencabar.
Mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Chhatrapati Shivaji Maharaj di Kalwa dan disahkan meninggal dunia.
Laporan awal forensik mengesahkan bahawa mangsa telah dirogol dan lehernya dikelar.
Berdasarkan siasatan awal, suspek kini berdepan pelbagai pertuduhan berat di bawah Kanun Jenayah Bharatiya (BNS) termasuk: Seksyen 64 dan 65 berkaitan jenayah rogol terhadap kanak-kanak bawah umur, Seksyen 96 (memperdaya kanak-kanak), Seksyen 137(2) (penculikan),Seksyen 103 (pembunuhan),Seksyen 238 (menghapuskan bukti jenayah) serta peruntukan di bawah Akta Perlindungan Kanak-Kanak daripada Kesalahan Seksual (POCSO) - Sinar Harian memetik agensi
Topic Berkaitan
#Kanak-kanak
#rogol
#bunuh
#campak mayat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan