awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
BISNES
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS, beberapa mata wang utama lain
DUNIA
Iran kecam AS-Israel, tegaskan hak terhadap program nuklear damai
DUNIA
Amerika Syarikat adakan rundingan damai dengan Iran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUNIA

Budak 18 bulan koma dihempas pelancong di lapangan terbang Moscow

Astro Awani
Astro Awani
25/06/2025
05:48 MYT
Sponsor Banner
Budak 18 bulan koma dihempas pelancong di lapangan terbang Moscow
Rakaman CCTV menunjukkan mangsa dihempas ke lantai oleh pelancong Belarus di Lapangan Terbang Sheremetyevo, Moscow sebelum suspek kemudiannya ditahan pihak berkuasa. -Foto media sosial X
MOSCOW: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 18 bulan dilaporkan koma akibat kecederaan serius di kepala dan tulang belakang selepas dihempas ke lantai oleh seorang pelancong di ruang ketibaan Lapangan Terbang Sheremetyevo, Moscow, pada Isnin malam.

Ringkasan AI
  • Seorang kanak-kanak lelaki berusia 18 bulan koma selepas dilontar ke lantai oleh pelancong Belarus di Lapangan Terbang Sheremetyevo, Moscow; suspek dipercayai berada di bawah pengaruh dadah.
  • Insiden berlaku ketika ibu mangsa, yang hamil, baru tiba dari Iran selepas melarikan diri daripada serangan bom; suspek ditahan dan disiasat atas cubaan membunuh.
  • Pihak berkuasa dan masyarakat tempatan mengecam tindakan kejam tersebut, sementara mangsa kini dirawat di hospital dalam keadaan kritikal.

Menurut rakaman kamera litar tertutup (CCTV), suspek warganegara Belarus yang dikenali sebagai Vladimir Vitkov, 31, dilihat memerhati mangsa yang berada berhampiran bagasinya sebelum secara tiba-tiba mengangkat dan mencampak kanak-kanak tersebut ke lantai dengan kuat.
Insiden berlaku ketika ibu mangsa, yang sedang hamil, beredar seketika untuk mengambil kereta sorong anaknya selepas tiba dari Iran.
Mereka dipercayai tiba di Rusia setelah melarikan diri daripada serangan bom di negara asal, lapor Mirror.
Pihak berkuasa Rusia memaklumkan bahawa Vitkov telah ditahan tidak lama kemudian dan ujian awal mendapati terdapat kesan ganja dalam sistem tubuhnya.
Beberapa laporan turut menyatakan bahawa dadah turut ditemui dalam simpanan suspek.
Menurut Jawatankuasa Penyiasatan Rusia, kes disiasat di bawah cubaan membunuh.
“Lelaki itu berada dalam keadaan khayal akibat dadah ketika melakukan serangan tersebut. Mangsa kini dirawat di hospital dalam keadaan koma,” kata kenyataan itu.
Pesuruhjaya Kanak-Kanak Wilayah Moscow, Ksenia Mishonova menyifatkan tindakan suspek sebagai kejam dan sukar diterima.
Beliau turut mendoakan agar keluarga mangsa tabah menghadapi dugaan tersebut.
Lapangan Terbang Sheremetyevo merupakan yang tersibuk di Rusia dengan mengendalikan lebih 40 juta penumpang setiap tahun.
Topic Berkaitan
#Lapangan Terbang Sheremetyevo Moscow
#pelancong Belarus
#budak 18 bulan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami