awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
Semua tiket bas ekspres di TBS wajib ada kod QR, tidak perlu lagi tukar, cetak
Iran sedia untuk diplomasi, namun ada prinsip sendiri - Araghchi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Budak 3 tahun dibakar hidup-hidup dalam kereta oleh bapa sendiri

Siti Hajar Jamaludin
Siti Hajar Jamaludin
07/05/2019
07:01 MYT
Budak 3 tahun dibakar hidup-hidup dalam kereta oleh bapa sendiri
Zoey dibakar hidup-hidup di dalam kereta oleh bapanya sendiri. -Foto Daily News
Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun dibakar hidup-hidup di dalam kereta oleh bapanya sendiri dalam kejadian di Queens, New York.
Kanak-kanak tersebut yang dikenali sebagai Zoey gagal diselamatkan setelah melecur teruk pada seluruh tubuhnya.
Suspek Martin Pereira, 39, yang juga ayah kandungnya dilapor dengan sengaja menyalakan api dan berlari keluar dari kereta menuju ke kolam di Baisley Park setelah kenderaan itu terbakar.
Suspek dipercayai berpura-pura menjadi mangsa dan meminta bantuan orang ramai untuk menghubungi pihak berkuasa.
Menurut laporan berita Fox News, ketika polis tiba di tempat kejadian, tingkap kenderaan itu tertutup rapat dan terdapat kanister gas di bahagian belakang kereta serta tepi jalan.
Api yang marak mengakibatkan pemegang pintu kereta itu cair lantas memudahkan pihak bomba untuk menyelamatkan mangsa.
Kanak-kanak malang tersebut dikejarkan ke Hospital Jamaica namun dia tidak dapat diselamatkan kerana kecederaan teruk.
Ibu mangsa berkata dia tidak menyangka suaminya sanggup bertindak sedemikian terhadap anaknya.
"Saya selalu fikir dia akan menyakiti saya, namun tidak sangka dia sanggup mencederakan anaknya sendiri," katanya ketika berjumpa dengan media.
Tambahnya, suspek juga pernah berkata yang dia tidak akan dapat berjumpa lagi dengan anaknya.
Kejadian dipercayai ada kaitan dengan perebutan hak jagaan kanak-kanak tersebut.
Topic Berkaitan
#bapa bakar anak
#di bakar hidup hidup
#gas kanister
#kanak-kanak mati dibakar
#kereta terbakar
#New York City
#Queens
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan