awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Budak 3 tahun maut di tangan ibu kandung, bapa tiri dalam ritual puja syaitan

Agensi
Agensi
23/03/2021
23:57 MYT
Budak 3 tahun maut di tangan ibu kandung, bapa tiri dalam ritual puja syaitan
Sebatang jarum, yang biasanya digunakan untuk menjahit kasut berukuran 10 sentimeter ditemui di bahagian jantung mangsa. - gambar hiasan / iStockPhoto/Asiseeit
QUITILIPI: Ibu dan bapa tiri kepada seorang budak berusia 3 tahun ditahan selepas dipercayai menyebabkan kematian kanak-kanak itu dalam satu ritual pemujaan syaitan.
Menurut leporan media tempatan, mangsa dicucuk dengan beberapa jarum di bahagian dadanya berdekatan organ jantung dan paru-paru.
Kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia di hospital dekat Quitilipi, Argentina selepas mengalami jangkitan di beberapa organ, sekali gus menyebabkan serangan jantung.
Ibu kandungnya yang berusia 20 tahun dan bapa tiri mangsa, 19, ditahan polis di pinggir perkampungan yang didiami mereka ketika cuba melarikan diri.
Sebatang jarum, yang biasanya digunakan untuk menjahit kasut berukuran 10 sentimeter ditemui di bahagian jantung mangsa.
Sebatang lagi jarum lama yang dimasukkan ke dalam badannya dikatakan menjadi punca kepada berlakunya jangkitan.
Hasil siasatan mendapati motif pembunuhan itu adalah berkait dengan aktiviti ritual pemujaan.
Selain mengalami pelbagai jangkitan organ, pihak pendakwaan turut mendedahkan mangsa mengalami radang di bahagian paru-paru dan buah pinggang yang menjadi punca kepada serangan jantung.
Topic Berkaitan
#Kanak-kanak
#dicucuk jarum
#ritual pemujaan syaitan
#ritual
#pemujaan
#bunuh anak
#budak 3 tahun
#ibu bunuh anak
#Quitilipi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan