awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Thailand: Bhumjaithai dahului keputusan awal ketika undi masih lagi dikira
Ketua Staf Starmer letak jawatan susulan skandal Mandelson
LDP Jepun dijangka menang besar, Takaichi kekal PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Budaya Korea Selatan jadi tarikan kepada pelancong perubatan asing

Bernama
Bernama
02/02/2025
05:15 MYT
Budaya Korea Selatan jadi tarikan kepada pelancong perubatan asing
Hampir 70 peratus pelancong perubatan dari Asia Tenggara dan Asia Barat melaporkan dipengaruhi oleh budaya Korea Selatan. - Gambar/ AP
SEOUL: Empat daripada 10 warga asing yang melawat Korea Selatan untuk rawatan perubatan menyatakan bahawa budaya negara itu mempengaruhi keputusan mereka, menurut satu tinjauan yang dilaporkan agensi berita Yonhap pada Ahad.
Tinjauan yang dijalankan oleh Korea Health Industry Development Institute mendapati lebih 41 peratus responden mengakui daya tarikan budaya Korea Selatan sebagai faktor dalam memilih negara itu untuk mendapatkan perkhidmatan perubatan.
Kajian itu berdasarkan maklum balas daripada 1,500 pesakit asing yang menerima rawatan di hospital tempatan pada 2023.
Peratusan pesakit asing yang memetik pengaruh budaya sebagai faktor pemilihan ialah 24.3 peratus pada 2021, tetapi meningkat kepada 49.7 peratus pada 2022 susulan kelonggaran sekatan pandemik COVID-19 dan peningkatan semula jumlah pesakit antarabangsa.
Mengikut rantau, hampir 70 peratus pelancong perubatan dari Asia Tenggara dan Asia Barat melaporkan dipengaruhi oleh budaya Korea Selatan, manakala hanya sekitar 20 peratus pesakit dari Rusia menyatakan sentimen yang sama.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Korea Selatan
#budaya tradisi
#pelancong perubatan
#industri pelancongan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan