awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
Semua tiket bas ekspres di TBS wajib ada kod QR, tidak perlu lagi tukar, cetak
Iran sedia untuk diplomasi, namun ada prinsip sendiri - Araghchi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Buku nota Charles Darwin dikembalikan selepas dua dekad

Bernama
Bernama
06/04/2022
04:10 MYT
Buku nota Charles Darwin dikembalikan selepas dua dekad
Satu daripada dua buku nota Charles Darwin yang hilang dari Perpustakaan Universiti Cambridge selama lebih dua dekad. -Reuters
LONDON: Dua buku nota Charles Darwin yang hilang dari Perpustakaan Universiti Cambridge selama lebih dua dekad telah dikembalikan, umum pihak perpustakaan pada Selasa.
Bungkusan yang mengandungi buku nota termasuk lakaran Tree of Life Darwin 1837 telah dikembalikan oleh seorang yang tidak dikenali pada 9 Mac, bersama-sama sekeping nota bertulis: "Pustakawan. Selamat Hari Easter. X."
Menurut United Press International (UPI), bungkusan itu diletakkan di kawasan awam di luar pejabat pustakawan di tingkat empat bangunan perpustakaan itu.
Pada November 2020 pustakawan Jessica Gardner merayu kepada orang ramai untuk memulangkan buku berkenaan.
"Saya berasa amat lega selepas buku itu dipulangkan," kata Gardner.
Gardner berkata susulan dengan kehilangan buku tersebut ciri-ciri keselamatan di perpustakaan itu telah dinaik taraf.
Buku nota itu akan dipamerkan di perpustakaan berkenaan mulai 9 Julai.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Charles Darwin
#Tree of Life Darwin 1837
#Perpustakaan Universiti Cambridge
#Jessica Gardner
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan