SOFIA: Presiden Bulgaria, Iliana Iotova berkata pada Rabu, beliau akan mengeluarkan dekri bagi pelantikan kerajaan sementara yang dicadangkan oleh Perdana Menteri Sementara, Andrey Gurov, selain menjadualkan pilihan raya awal parlimen pada 19 April, lapor Xinhua.
Iotova mengeluarkan kenyataan itu sejurus selepas Gurov mencadangkan barisan kepimpinan kerajaan sementara kepada beliau dalam satu pertemuan yang disiarkan secara langsung di televisyen.
Advertisement
-- BERNAMA-XINHUA