Skip to main content

Dunia

Bunga api warnai Sagrada Família sempena lawatan Pope ke Barcelona

Fireworks engulf Antoni Gaudí's Basilica of the Sagrada Família, seen from Torre Glòries, after Pope Leo XIV blessed the newly completed central Tower of Jesus Christ in Barcelona, Spain, Wednesday, June 10, 2026. The tower's completion made the Sagrada Família, at 172.5 meters (566 feet), the tallest church in the world. (AP Photo/Fatima Shbair)
Pertunjukan bunga api menyelubungi Basilika Sagrada Família karya Antoni Gaudí, dilihat dari Torre Glòries, selepas Pope Leo XIV memberkati Menara Pusat Jesus Christ yang baharu siap dibina di Barcelona, Sepanyol. - Foto AP

BARCELONA: Pertunjukan bunga api menerangi langit di sekitar gereja ikonik Sagrada Família ketika Pope Leo XIV melawat bandar Barcelona dan merasmikan menara terbaharu basilika bersejarah itu.

Dalam ucapannya, Pope menggambarkan Sagrada Família sebagai karya agung yang memancarkan keindahan “batu, warna dan cahaya”, sekali gus menegaskan kepentingannya sebagai simbol seni bina dan keagamaan dunia.

Menara baharu yang dikenali sebagai Menara Jesus Christ telah siap dibina pada Februari lalu, menjadikan ketinggian gereja itu mencecah 172.5 meter.

Dengan itu, Sagrada Família kini diiktiraf sebagai gereja paling tinggi di dunia.

Lawatan Pope ke tapak bersejarah tersebut turut bersempena ulang tahun ke-100 kematian arkitek terkenal Antoni Gaudí, yang mereka bentuk basilika berkenaan dan menjadi ikon seni bina Sepanyol.

Majlis perasmian itu turut dihadiri oleh Raja Sepanyol, Raja Felipe VI dan Ratu Letizia, serta Perdana Menteri Pedro Sanchez, yang bersama ribuan hadirin menyaksikan detik bersejarah berkenaan.

Keberangkatan Pope Leo XIV ke Barcelona merupakan sebahagian daripada lawatan rasmi selama seminggu ke Sepanyol yang bermula Sabtu lalu.

Lawatan ini mencatatkan kepentingan tersendiri apabila ia merupakan kunjungan pertama seorang Pope ke Sepanyol dalam tempoh kira-kira 15 tahun.

Penganalisis melihat lawatan tersebut sebagai usaha mengukuhkan hubungan antara Vatican dan negara-negara Eropah, di samping mengangkat nilai warisan budaya dan keagamaan yang semakin mendapat perhatian global.

Sagrada Família, yang masih dalam pembinaan sejak lebih seabad lalu, terus menjadi simbol gabungan warisan seni bina klasik dan inovasi moden.

Dengan siapnya menara tertinggi itu, basilika berkenaan kini menghampiri fasa akhir pembinaan, sekali gus menjadikannya antara mercu tanda paling penting di dunia.

 

Must Watch Video

Advertisement