awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bunuh bapa kandung selepas terjumpa gambar lucah sewaktu kecil

Agensi
Agensi
21/07/2018
07:02 MYT
Bunuh bapa kandung selepas terjumpa gambar lucah sewaktu kecil
Lebih mengerikan apabila Barbara turut menemukan gambarnya ketika masih kecil yang turut berada dalam koleksi tersebut. - Gambar hiasan
Seorang wanita di Manchester, United Kingdom dijatuhkan hukuman penjara sembilan tahun selepas didapati bersalah membunuh bapa kandungnya.
Barbara Coombes, 63, bertindak sedemikian selepas terjumpa koleksi gambar lucah kanak-kanak milik bapanya, Kenneth Coombes.
Lebih mengerikan apabila Barbara turut menemukan gambarnya ketika masih kecil yang turut berada dalam koleksi tersebut.
Menurut laporan The Guardian, Barbara mengaku bersalah melakukan pembunuhan tersebut dan menanam jasad bapanya di belakang kediaman mereka.
Selain itu, Barbara turut mengakui bahawa sewaktu bergelar kanak-kanak, bapanya sering membenarkan gambar lucahnya diambil oleh pihak tertentu selain merogolnya beratus kali.
Pembunuhan itu dilakukan pada Januari 2006 namun Barbara hanya tampil mengaku melakukan pembunuhan tersebut selepas pihak berkuasa mendakwa ada melihat Kenneth Coombes.
Selama ini, Barbara bertindak merahsiakan punca kematian bapanya kepada ahli keluarganya dengan memberitahu bahawa bapanya itu secara tiba-tiba dan jasadnya sudah dibakar.
Menerusi prosiding kes tersebut, hakim Timothy King tidak bersetuju dengan tindakan Barbara yang bertindak membunuh bapanya namun memahami gangguan Post Traumatic Stress Disorder (PTSD) yang dialaminya selama ini.
Barbara selama ini juga tidak mempunyai kawan dan telah dijadikan sebagai hamba oleh bapanya malah lebih teruk anak pertamanya yang meninggal dunia selepas dilahirkan juga didakwa sebagai anak bapanya sendiri.
Pihak berkuasa telah menemui jasad bapanya yang merupakan veteran perang dunia kedua yang dianggarkan sudah berusia 99 tahun.
Topic Berkaitan
#barbara coombes
#gambar lucah kanak-kanak
#kenneth coombes
#MAnchester
#pedofilia
#PTSD
#the guardian
#United Kingdom
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan