awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
3,164 sekolah kurang murid dikesan setakat November 2025 - Wong
Perkemas pengurusan tanah perkuburan Islam demi kelestarian tanah wakaf - Raja Muda Perlis
Keputusan STAM diumum 5 Feb - KPM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Butik ternama Itali dibuka semula selepas 3 bulan

Astro Awani
Astro Awani
19/05/2020
01:08 MYT
Butik ternama Itali dibuka semula selepas 3 bulan
Pembukaan butik itu turut disertai dengan langkah keselamatan dan kesihatan yang diambil setiap premis. - AP NEWSROOM
Butik ternama di Via Kondotti di Rom mula dibuka pada Isnin selepas ditutup selama hampir tiga bulan.
Ini selepas Itali mengurangkan arahan tinggal di rumah yang sebelum ini dilaksana bagi mengawal jangkitan COVID-19.
Pembukaan itu turut disertai dengan langkah keselamatan dan kesihatan yang diambil setiap premis.
Ia termasuk mengehadkan jumlah pelanggan, pemakaian topeng muka dan sarung tangan serta pemeriksaan suhu sebelum masuk.
Selain butik ini, perniagaan lain yang turut diberikan kebenaran untuk beroperasi adalah restoran dan kedai gunting rambut.
Namun, di sebalik semua itu, ada juga kedai yang tidak dibuka kerana kerugian sewaktu arahan tinggal di rumah yang dikenakan bermula 10 Mac lepas.
Sesetengah perniagaan itu masih mengekalkan pekerja mereka dengan cuti separa atau tanpa gaji dan berharap bantuan daripada kerajaan untuk terus beroperasi.
Sebelum ini, majalah Women's Wear Daily melaporkan sektor fesyen dan tekstil Itali mengalami kerugian AS$3.5 bilion pada suku pertama dan mungkin sehingga AS$9 bilion untuk setahun penuh 2020 akibat arahan tinggal di rumah.
Topic Berkaitan
#Butik ternama
#COVID-19
#fesyen
#Itali
#keselamatan
#pemakaian topeng muka
#pemeriksaan suhu
#Sarung tangan
#sektor fesyen dan tekstil Itali
#Via Kondotti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan