Di sebalik gelombang populariti yang luar biasa, Jokowi dijangka berdepan laluan penuh berliku untuk menterjemah perubahan.
Dilihat pemimpin yang mengetepikan formaliti, tidak elit, reformis, sentiasa turun padang dan tiada jurang dengan rakyat.
Keupayaan Jokowi di peringkat nasional dan antarabangsa masih belum teruji dan dibayangi keraguan.
Pandangan penganalisis politik dari Universitas Muhammadiyah Jogjakarta, Dr Yordan Gunawan mengenai cabaran yang bakal digalas Jokowi
Namun, harapan lebih 250 juta rakyat daripada lebih 300 etnik terhadapnya sentiasa tinggi terutama melihat kisah kejayaannya sebagai wali Kota Solo dan Gabenor Jakarta sebelum ini.
Segala cabaran yang digalas, sentiasa mengenai poket rakyat.
Pendapatan rakyat perlu ditingkatkan, selaras azam Indonesia untuk muncul sebagai kuasa pasaran baharu bukan sahaja Asean, tetapi lanskap global.
Temubual bersama wartawan TV 0ne Indonesia, Mina Apratima Nour menjelang majlis angkat sumpah Presiden baharu Indonesia
Perubahan berakar pada dinamik tadbir urus yang lebih segar dan baik untuk merealisasikan janjinya membawa keluar 40 peratus rakyat yang hidup di bawah garis kemiskinan.
Lantas menjadi cabaran kepada Jokowi mewujudkan sistem pentadbiran telus dan bebas rasuah.
Pada masa sama, beliau dijangka berdepan dilema pertembungan antara pendekatan popular dan memperkenalkan polisi yang amat diperlukan republik itu.