awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Serkap: Dua warga tempatan ditahan seludup migran di Kota Bharu
Pemandu lori parah ditetak dua individu tidak dikenali di Batu Caves
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, lebih tinggi daripada mata wang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Calon PM Thailand, Pita Limjaroenat positif COVID-19

Bernama
Bernama
20/06/2023
14:31 MYT
Calon PM Thailand, Pita Limjaroenat positif COVID-19
Menerusi akaun Twitternya @Pita_MFP, Pita memaklumkan yang beliau mengalami gejala COVID-19 pada Ahad. - Gambar fail/Reuters/Athit Perawongmetha
BANGKOK: Calon perdana menteri Thailand Pita Limjaroenrat disahkan dijangkiti COVID-19.
Pemimpin Parti Move Forward yang berusia 42 tahun itu giat bertemu dengan penyokongnya di seluruh negara selepas parti berkenaan memperoleh kemenangan luar biasa pada Pilihan Raya Umum 14 Mei lalu.
Menerusi akaun Twitternya @Pita_MFP, Pita memaklumkan yang beliau mengalami gejala COVID-19 pada Ahad.
Pita yang menerima enam dos vaksin COVID-19 disahkan positif selepas menjalani ujian menggunakan Kit Ujian Antigen (ATK) pada Selasa.
"Saya mengalami simptom ringan... Tolong izinkan saya mengasingkan diri di rumah dan menangguhkan semua aktiviti untuk mencegah penularan virus," katanya.
Beliau menggesa orang ramai yang menjadi kontak rapatnya sejak seminggu lalu supaya memantau kesihatan masing-masing.
Susulan itu, mesyuarat gabungan pimpinan Move Forward yang dijadualkan berlangsung pada Khamis untuk membincangkan pembentukan kerajaan baharu akan ditunda ke minggu depan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#pilihan raya umum
#Thailand
#ATK
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan