awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op PeWA: Rohingya, Indonesia antara warga asing paling ramai dikenakan tindakan JPJ
SPRM tahan Pengerusi IJM Corp, bantu siasatan tadbir urus, aset luar negara RM2.5 bilion
Permohonan Paul Yong untuk semak sabitan, hukuman kes rogol ditolak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Calon Presiden Korea Selatan buat pecutan terakhir kempen sebelum hari mengundi

Bernama
Bernama
02/06/2025
21:20 MYT
Calon Presiden Korea Selatan buat pecutan terakhir kempen sebelum hari mengundi
Lee Jae-myung (kiri), calon Presiden daripada Parti Demokrat dan Kim Moon-soo, calon Presiden bagi Parti Kuasa Rakyat yang berhaluan konservatif, menghadiri kempen pilihan raya pada Isnin. - Gambar Reuters
SEOUL: Calon Parti Demokrat (DP) Korea Selatan, Lee Jae-myung dan calon Parti Kuasa Rakyat (PPP), Kim Moon-soo membuat pecutan terakhir mereka untuk meraih sokongan pengundi atas pagar pada Isnin, sehari sebelum Pilihan Raya Presiden berlangsung, lapor Agensi Berita Yonhap.
Lee memulakan hari terakhir kempennya di daerah Gangbuk, utara Seoul sebelum meneruskan aktiviti kempen di bandar-bandar jiran, termasuk Hanam, Seongnam dan Gwangmyeong.
"Undi anda boleh mengubah sejarah dan melindungi demokrasi kita," kata Lee dalam sidang media di Seongnam, yang dianggap sebagai "kubu politik" beliau, setelah berkhidmat sebagai Datuk Bandar selama dua penggal berturut-turut dari 2010 hingga 2018.
Beliau menekankan hubungan eratnya dengan bandar itu, sambil menyatakan bahawa di situlah beliau pernah menempuh kesukaran dan membina impian sebagai pekerja kilang remaja, sebelum mencetus perubahan sosial sebagai aktivis masyarakat.
"Saya berjanji untuk membentuk masa depan Korea Selatan bersama rakyat, bermula dari kubu politik saya, Seongnam," tambahnya.
Lee kemudian kembali ke ibu kota dan berkempen di daerah Gangseo, sebelum menamatkan kempen itu dengan perhimpunan terakhir di Yeouido Park -- tumpuan utama politik Korea Selatan dan lokasi Bangunan Parlimen.
Beliau turut mengadakan siaran langsung di YouTube. Puluhan ribu penyokong berkumpul untuk kempen terakhir itu.
Kim daripada PPP memulakan hari kempennya di Peace Park di Pulau Jeju sebelum berkempen di Busan, Daegu dan Daejeon untuk merndapatkan sokongan saat akhir.
Kim mengadakan perhimpunan terakhirnya di kawasan berhampiran Dewan Bandaraya Seoul, yang dipilih kerana nilai simboliknya sebagai tempat bagi rakyat biasa menyuarakan tuntutan mereka, menurut pegawai kempennya.
Sementara itu, Lee Jun Seok daripada Parti Reformasi Baharu (NRP) dijadual bertemu pelajar universiti di Siheung, Wilayah Gyeonggi, manakala Kwon Young-kook daripada Parti Buruh Demokrat yang lebih kecil akan berkempen di seluruh Seoul dengan menumpukan isu hak pekerja, OKU dan kesaksamaan jantina.
Tinjauan terbaru menunjukkan Lee daripada DP mendahului dengan 49.2 peratus sokongan, diikuti Kim daripada PPP dengan 36.8 peratus, manakala Lee Jun-seok di tempat ketiga dengan 10.3 peratus.
Korea Selatan akan memilih presiden baharu pada Selasa, selepas Presiden Yoon dilucutkan daripada jawatannya berhubung percubaannya melaksanakan undang-undang tentera yang gagal.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pilihan raya Korea Selatan
#Lee Jae-myung
#Kim Moon-soo
#kempen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan