LONDON: Isteri kepada pewaris takhta diraja Britain, Putera Charles disahkan positif COVID-19.

Berdasarkan kenyataan Istana Clarence House, Camilla kini sedang menjalani proses kuarantin.

"Duchess of Cornwall telah dikesan positif COVID-19 dan kini sedang menjalani kuarantin.

"Garis panduan yang ditetapkan kerajaan akan dipatuhi," kata Istana Clarence House dalam satu kenyataan.

Putera Charles, 73, disahkan positif COVID-19 buat kali kedua minggu lepas.

BACA: Putera Charles positif COVID-19 buat kali kedua

Bagaimanapun Istana Clarence House tidak memberi laporan lanjut mengenai situasi kesihatan Putera Charles mahupun Camilla pada Isnin.

Putera Charles dan Camilla telah menerima dua dos suntikan vaksin COVID-19 serta dos penggalak.

Sumber rapat dengan keluarga diraja memberitahu Reuters minggu lepas, Putera Charles telah bertemu dengan Ratu Elizabeth dua hari sebelum disahkan positif COVID-19.

Sebelum ini Putera Charles dikesan positif virus berkenaan pada Mac 2020 dan hanya mengalami gejala ringan.

Putera William turut dijangkiti virus tersebut susulan itu.