Berjalan sambil memegang telefon, tidak kisah menaip mesej, mendengar muzik mahupun melayari laman-laman sosial melalui telefon. Itu pemandangan biasa di jalanan hari ini.

Biarpun sudah mengetahui bahaya tindakan sebegitu, namun ramai yang masih mengambil sikap tidak peduli. Hakikatnya, kemunculan telefon pintar menjadikan manusia lebih acuh tak acuh dengan apa yang berlaku di sekitar mereka.

Menyedari hal ini, Switzerland mengambil langkah drastik dengan melancarkan kempen menerusi iklan untuk memupuk kesedaran tentang keselamatan pejalan kaki.

Iklan yang agak mengerikan itu disiarkan di televisyen hasil kerjasama pihak berkuasa setempat, BPA dan Touring Club Suisse serta Hospital Universiti Lausanne.

Ia akan disusuli dengan pengedaran poster serta kuiz yang menawarkan hadiah lumayan.

Di Switzerland, dianggarkan 1,100 orang mengalami kecederaan akibat kurangnya perhatian ketika berjalan di jalanan.

Saksikan videonya di bawah: