LONDON: Cathay Pacific pada Jumaat memaklumkan bahawa syarikat itu membatalkan semua penerbangan ke Dubai dan Riyadh sehingga 1 Dis susulan "perkembangan terkini" di Asia Barat, lapor Anadolu Ajansi.
"Memandangkan perkembangan terkini di Asia Barat, penerbangan penumpang Cathay Pacific ke Dubai dan Riyadh telah dibatalkan sehingga dan termasuk 30 Nov 2026," kata syarikat penerbangan utama Hong Kong itu dalam kenyataan.
Menurut syarikat tersebut, penumpang yang terjejas akan diberikan fleksibiliti untuk menempah semula, menukar laluan atau mendapatkan bayaran balik bagi tiket mereka.
"Cathay akan terus memantau dengan teliti situasi yang sedang berkembang di Asia Barat," tambahnya.
Langkah itu diambil berikutan pertempuran semula antara Iran dan Amerika Syarikat, selepas serangan AS ke atas Pulau Larak milik Iran awal minggu ini menamatkan tempoh tenteram selama sebulan dalam permusuhan antara kedua-dua pihak itu.
-- BERNAMA-ANADOLU