PADA 1936, apabila Perancis mula melancarkan perkhidmatan kereta api "Transindo chinois" yang menghubungkan Hanoi dengan Saigon, turut diadakan perayaan gala, pertandingan sukan dan setem peringatan, yang kesemuanya dinaungi Gabenor Jeneral yang bergaya dan Maharaja Vietnam, Bao Dai.
Kereta api itu sendiri diperbuat dengan gaya Gallic, menyempurnakan perjalanan sejauh 1,730 kilometer dalam masa 40 jam, menawarkan empat kelas berbeza, kompartmen tempat tidur dan gerabak yang menempatkan makanan. Malangnya, penaklukan Jepun ke atas Indochina Perancis dan Perang Dunia Kedua mengakhiri perkhidmatan itu selepas empat tahun, meninggalkan hanya kenangan tentang perjalanan kereta api paling panjang di Asia Tenggara.
Kini, perkhidmatan kereta api itu, yang dikenali sebagai "Reunification Express" (Ekspres Penyatuan Semula), mungkin tidak begitu glamor tetapi dengan enam perjalanan setiap hari dan lima kelas berbeza (termasuk gerabak tempat tidur yang jadi pilihan Pasukan Ceritalah), ia memberikan suatu alternatif yang lebih romantik dan santai berbanding kira-kira 60 penerbangan yang menghubungkan dua hab utama Vietnam itu setiap hari.
Dengan perjalanan selama 36 jam, ia juga empat jam lebih singkat daripada perkhidmatan asalnya.
Pasukan Ceritalah baru-baru ini melakukan perjalanan satu setengah hari dari ibu kota Vietnam itu ke pusat perniagaan yang terletak di selatan, merasai pengalaman penuh masyarakat Vietnam: penduduk utara yang pendiam, penduduk kawasan tengah yang ceria dan lebih relaks, serta penduduk selatan yang bersemangat.
Paling menarik, jika bukan mendebarkan, adalah detik-detik apabila keretapi tiba-tiba berada berhampiran laut di Hue pada awal pagi.
Pasukan Ceritalah menempah tempat tidur atas, yang tidak begitu mudah untuk dipanjat, memandangkan ketinggiannya dan tangganya yang ditempatkan secara agak pelik. Bila dikenang kembali, ia kelihatan lebih sesuai untuk mereka yang gemar bersukan - atau pendaki gunung.
Pun begitu, kabin-kabin itu, dalam keadaan yang privasi, merupakan satu alternatif yang amat lebih selesa berbanding dengan kerusi kayu keras di kelas ekonomi: walaupun penumpang-penumpang membawa tikar yang dihampar di atas lantai gerabak, untuk tidur di atasnya.
Makanan di atas kereta api adalah mengecewakan. Kebanyakan penumpang membawa bekalan mereka sendiri, beserta mi dalam cawan yang banyak ditambah dengan apa-apa saja yang mereka boleh beli di gerai makanan di platfom kereta api, di stesen-stesen seperti Hue dan Danang.
Perjalanan kereta api itu adalah ibarat satu mikrokosmos masyarakat Vietnam. Penumpangnya kemas dan bertanggungjawab; membersihkan sampah mereka sendiri serta memantau anak-anak kecil yang berlari ke sana-sini; penduduk yang bekerja keras dan bermotivasi, dengan semangat kekeluargaan yang kuat.
Walaupun perkhidmatan yang ada kini kurang bergaya berbanding perkhidmatan sama yang diperkenal oleh Perancis, bagi sesetengah penumpang seperti Hanh (bukan nama sebenar), seorang nenek tua berusia 60 tahun dari bandar di utara, Hai Duong, perjalanan kereta api itu dirasakan sebagai cara dia berhubung semula dengan ingatan masa kanak-kanaknya.
Beliau bercakap dengan penuh kenangan mengenai perkara lalu. "Ketika itu adalah zaman sukar," katanya dengan senyum tawar. "Pada masa itu, kami hanya boleh melakukan perjalanan dalam kawasan Vietnam Utara dan kereta apinya kotor dan sesak. Kini, perkhidmatannya adalah lebih baik."
Malah, dia masih ingat, ketika kecil, dia pernah tertanya-tanya, adakah kereta api itu berjalan di atas darat atau air? Kini, dia berazam untuk menyempurnakan perjalanan sehala itu bagi memastikannya. Dia akan kembali ke Hanoi dengan menaiki kapal terbang selepas menghabiskan masa bersama sanak saudaranya di selatan.
Perjalanan kereta api, seperti biasa, memakan masa lama dan panjang. Akan ada banyak masa untuk merenung ke ruang kosong, berfikir dan menikmati pemandangan - sawah padi, ladang jagung, kebun sayur dan kolam teratai yang tidak berkesudahan - membuktikan kawasan luar bandar Vietnam kini semakin makmur.
Terdapat juga gegaran berterusan dan desingan akibat pergerakan kereta api, serta irama monotoni yang menyelubungi diri. Ia seolah-olah buih yang terus menenggelamkan kita dalam mood kontemplatif.
Tidak ada gunanya bertelingkah mengenai perkara ini. Biarkan ia mengambil alih minda anda, agar ia menerawang - kembali ke zaman lalu, seperti nenek tua Hanh itu; dan menjenguk ke masa depan, sambil anda memerhatikan anak-anak kecil bermain.
Saya menghabiskan banyak masa di dalam kapal terbang, meluriu ke sana sini untuk makan tengah hari, makan malam dan mesyuarat. Oleh itu, bagi saya, satu perjalanan dengan menaiki kereta api merupakan satu kemewahan. Ia membuatkan saya berfikir mengenai satu masa lalu ketika saya tidak perlu sentiasa tergesa-gesa, sebelum jadual ketat saya membuatkan saya melupakan kespontanan, dalam kehidupan seharian.
Di penghujung perjalanan kereta api ini, anda pastinya berasa sedikit kurang selesa setelah berjam-jam (36 jam) duduk dan baring.
Bagaimanapun, melankoli indah yang terhasil - akibat berjauhan dari telefon bimbit kerana isyarat komunikasi yang tidak stabil - yang akan menyebabkan anda berasa sakit tetapi puas hati, kerana dapat menghabiskan masa bersendirian melayan fikiran anda.
* Ikuti Karim Raslan di Twitter @fromKMR / Instagram @fromkmr
** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Karim Raslan
Mon Jul 29 2019
Penumpang menaiki keretapi api bersejarah Vietnam, 'Reunification Express', di stesen Hanoi. Pasukan Ceritalah
22 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara terbaharu
Sekurang-kurangnya 22 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel di Gaza pada Sabtu, menurut petugas perubatan Palestin.
Jangan benarkan budaya lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan
Pendirian UMNO tetap tegas bahawa UMNO tidak akan sesekali menerima dan membenarkan perlakuan lompat parti dalam kerajaan perpaduan.
GRS Kekal Teruskan Kerjasama Dengan PH Sabah Hadapi PRN Ke-17 - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memberi bayangan untuk kekal terus bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) Sabah dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17.
Gabungan dalam kerajaan kana hormat parti lain
Parti dalam gabungan kerajaan perlu saling hormat menghormati bagi memastikan keharmonian tidak terjejas.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan Nasional (PN), kata Ahmad Zahid.
Operasi khalwat: Tidak wajar rakam guna kamera telefon peribadi - Peguam
Menurut Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang pegawai penguat kuasa agama hanya boleh membuat rakaman untuk tujuan siasatan atau prosedur mahkamah.
Kenaikan tambang feri ke Langkawi bagi warga Malaysia dibatalkan
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd membatalkan kenaikan kadar tambang feri yang dijadualkan dikuatkuasakan 1 Januari depan susulan nasihat Kementerian Pengangkutan (MOT).
PM Thailand ke Putrajaya esok, perkukuh hubungan dua hala
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi pertamanya ke Malaysia sejak memegang tampuk kerajaan pada Ogos lalu atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Elaun kekal RM8 sehari, tak wajar bincang sekarang - Khaled
Kementerian Pertahanan (MINDEF) mengekalkan kadar elaun RM8 sehari untuk peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 yang akan bermula bulan depan.
Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, kenaikan elaun itu tidak wajar dibangkitkan ketika ini berikutan program berkenaan belum bermula.
Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, kenaikan elaun itu tidak wajar dibangkitkan ketika ini berikutan program berkenaan belum bermula.
[TERKINI] SAPP bebas membuat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan Nasional.
Ceritalah: Sejarah berulang dengan gunung berapi Taal
Pemandangan ketika Taal meletup dan imej-imej semarak debu yang besar dan menakutkan naik ke arah langit diiringi dengan kilatan guruh dan petir yang disebarkan ke seluruh dunia oleh media sosial.
Ceritalah: Tuntutan China atas Laut China Selatan - ASEAN harus bersatu
Pada tahun 2016, pemimpin-pemimpin dunia memandang Beijing dan beliau sebagai suatu hab alternatif - bagi suatu pendekatan terhadap ekonomi dan politik global yang berprinsip dan seimbang.
Ceritalah ASEAN - Joko Anwar: Cemerlang atas usaha sendiri
Tarikannya dan citra jenakanya menyembunyikan suatu minda yang amat bekerja keras dan berfokus.
Ceritalah - Perang dadah Duterte: Rakyat suram sambut Krismas
Kerana enggan kekal diam dan menerima takdir berdarah anaknya, Normita terpaksa meninggalkan rumahnya dan sekarang tinggal bersama seorang sanak saudaranya di bahagian lain bandar itu.
Ceritalah ASEAN - Aung San Suu Kyi: Lannister atau Stark?
Aung San Suu Kyi dari Myanmar - anak seorang jeneral, mengetuai sebuah negara amat rapuh telah menjadi musuh Tatmadaw (tentera) untuk menjadi apologis atau, lebih teruk lagi, pemudah mereka.
Ceritalah ASEAN - Plastik: Patut dikekalkan atau dihapuskan?
Gabungan pendapatan dari 50 firma petrokimia teratas dalam tahun 2018 adalah ASD926.8 bilion, jauh melebihi industri penapisan berjumlah ASD400 bilion.
Ceritalah Indonesia - Jawa: Mengenai bahasa dan perpaduan
Secara berasingan, kesemua tujuh presiden Indonesia mempunyai darah Jawa - termasuk BJ Habibie kelahiran Sulawesi yang baru meninggal. BJ Habibie adalah separuh Jawa.
Ceritalah - Enam hari di laut: Suatu pelayaran di atas Nggapulu
Dari saat para penumpang menaiki feri lapan tingkat itu, Nggapulu menjadi suatu mikrokosmo republik itu sendiri.
Ceritalah Indonesia - Anak muda memberontak: Apa mereka mahu?
Antara 23 dan 30 September, Hamzah adalah salah seorang daripada ribuan pelajar yang membuat bantahan di luar Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) menghidupkan semula ingatan pada waktu Reformasi.
Ceritalah: Gelombang kemasukan pelancong India ke Asia Tenggara
Sementara ekonomi India mungkin menghadapi kemerosotannya sendiri, pelancong dari gergasi Asia Selatan itu menjadi kuasa yang semakin perlu diiktiraf di rantau Asia Tenggara.