Presiden Venezuela Hugo Chavez yang sedang dirawat akibat barah pelvis kini sedang menjalani pemulihan selepas berlaku komplikasi dalam pembedahan yang dijalankan sebelum ini.

Beliau mengalami pendarahan ketika menjalani pembedahan di Cuba.

Pembedahan kali keempat itu dilakukan selepas doktor mengesan barah tersebut kembali merebak.

Chavez akan mengambil masa yang lama untuk kembali pulih, selain terpaksa menjalani rawatan tambahan yang ditetapkan.

Justeru, beliau berkemungkinan tidak dapat hadir pada majlis angkat sumpah yang dijadualkan 10 Januari ini.

Dalam pada itu, Parlimen Cuba pada Khamis telah mengemukakan resolusi bagi menunjukkan sokongan padu kepada Chavez agar cepat sembuh.

Usul dikemukakan speaker dewan dan diluluskan sebulat suara.