awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

China bantah campur tangan tentera di Venezuela

Bernama
Bernama
27/02/2019
04:10 MYT
China bantah campur tangan tentera di Venezuela
MA ZHAOXU: China menyeru kerajaan dan pembangkang Venezuela agar, dalam kerangka perlembagaan dan perundangan, mencari penyelesaian politik menerusi dialog serta perundingan. - REUTERS/Fail
Seorang utusan China pada Selasa berkata negara itu membantah campur tangan ketenteraan di Venezuela, lapor agensi berita Xinhua.
"China berpendapat bahawa semua negara harus mematuhi prinsip asas undang-undang antarabangsa dan hubungan antarabangsa, menentang campur tangan asing dalam urusan dalaman Venezuela serta membantah campur tangan tentera di Venezuela," kata Ma Zhaoxu.
Wakil tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu berkata demikian pada mesyuarat Majlis Keselamatan badan dunia itu berkaitan situasi di Venezuela.
"China membantah penggunaan isu bantuan kemanusiaan untuk tujuan politik dalam usaha mewujudkan ketidakstabilan dan mungkin pergolakan di Venezuela serta di wilayah jirannya," katanya.
"Ini tidak memberi sebarang faedah kepada mana-mana pihak," kata beliau.
Menyedari bahawa China "memberikan perhatian yang teliti kepada" situasi semasa di Venezuela, utusan itu berkata China menyokong usaha kerajaan Venezuela untuk menjaga kedaulatan, kemerdekaan dan kestabilannya.
"Hal ehwal Venezuela sepatutnya diputuskan oleh rakyat Venezuela sendiri," katanya.
"China menyeru kerajaan dan pembangkang Venezuela agar, dalam kerangka perlembagaan dan perundangan, mencari penyelesaian politik menerusi dialog serta perundingan," kata Ma.
"Kami berharap masyarakat antarabangsa, atas dasar menghormati kedaulatan Venezuela, memberikan bantuan yang membina kepada Venezuela bagi memudahkan penyelesaian lancar dalam isu-isu berkaitan," kata beliau.
Majlis Keselamatan telah mengadakan mesyuarat berhubung perkembangan terkini di Venezuela atas permintaan Amerika Syarikat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#bantuan kemanusiaan
#campur tangan
#China
#Ma Zhaoxu
#Majlis Keselamatan
#PBB
#Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
#tentera
#Venezuela
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan