Skip to main content

Dunia

Pelakon siri tokusatsu popular Jepun 'Gaban' Kenji Ohba meninggal dunia

Kenji Ohba, the legendary actor who portrayed Retsu Ichijouji in Space Sheriff Gavan (1982), passed away peacefully at the age of 72 on May 6, 2026, following a prolonged battle with chronic illness.
Pelakon dan legenda tokusatsu Jepun, Kenji Ohba yang popular menerusi siri Space Sheriff Gavan dilaporkan meninggal dunia pada usia 71 tahun. - Foto Instagram/@absolutekamenrider

PELAKON dan legenda tokusatsu Jepun, Kenji Ohba yang popular menerusi siri Space Sheriff Gavan dilaporkan meninggal dunia pada usia 71 tahun.

Memetik kenyataan dari laman X Japan Action Enterprise (@JaeChannel), beliau menghembuskan nafas terakhir pada Rabu (6 Mei 2026) selepas mengalami masalah kesihatan berpanjangan.

Ohba cukup dikenali dalam kalangan peminat siri tokusatsu 'Metal Heroes' era 1980-an menerusi watak Retsu Ichijouji atau ‘Gavan’, yang lebih popular disebut ‘Gaban’ dalam kalangan peminat di Malaysia.

Siri itu menjadi fenomena zaman kanak-kanak generasi 80-an dan 90-an menerusi tayangan televisyen tempatan.

Selain Gavan, Ohba turut membintangi siri 'Super Sentai' seperti Battle Fever J sebagai Battle Kenya dan Denshi Sentai Denziman sebagai Denzi Blue.

Dilahirkan di Ehime, Jepun pada Februari 1955, beliau memulakan kerjaya sebagai pelakon lagak ngeri sebelum menjadi antara ikon terbesar genre tokusatsu Jepun.
 

Must Watch Video