SEMPORNA: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menyantuni petugas media yang juga wakil Astro AWANI Sabah, Saiful Azizul yang cedera ketika bertugas membuat liputan lawatan beliau di Pulau Mataking, di sini tengah hari tadi.
Hajiji turut mengarahkan petugas perubatan dan pegawai Jabatan Ketua Menteri (JKM) untuk membantu segera Saiful, ketika kejdian berlaku.
Saiful yang bertugas sebagai jurukamera tergelincir di batu ketika merakam video Hajiji melepaskan anak-anak penyu di pulau tersebut, mengakibatkan dia mengalami kecederaan patah tulang betis.
“Saya ucapkan terima kasih atas keprihatinan Ketua Menteri Sabah, pegawai JKM Sabah dan petugas perubatan yang membantu saya,” kata Saiful.
Susulan kejadian tersebut, Saiful telah dirawat di Hospital Daerah Semporna sebagai pesakit luar dan telah dibenarkan keluar petang tadi.