awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peranan Malaysia bantu konflik Thailand-Kemboja antara tumpuan Dewan Rakyat
Pihak berkuasa bertungkus-lumus kekang tumpahan minyak kapal kargo karam di perairan Thailand
Thailand saksi legasi keluarga Ghazali
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

China derma, eksport 350 juta dos vaksin COVID-19

Bernama
Bernama
07/06/2021
20:00 MYT
China derma, eksport 350 juta dos vaksin COVID-19
China antara yang paling awal berjanji menawarkan vaksin dibangunkannya sebagai produk awam global, supaya negara-negara membangun boleh mendapat akses dan mampu menanggung kos penggunaannya. - Gambar hiasan
BEIJING: Bekalan vaksin COVID-19 yang diderma dan dieksport China ke luar negara berjumlah lebih 350 juta dos setakat Jumaat, menurut Suruhanjaya Kesihatan Negara (NHC).
Naib ketuanya, Zeng Yixin dalam temu bual bersama Kumpulan Media China (CMG) berkata pembekal domestik turut mengadakan kerjasama dengan negara membangun lain untuk mempergiat pengeluaran berskala besar.
Dalam pada itu, vaksin China dalam bentuk cecair dihantar ke Malaysia, Indonesia, Brazil, Mesir, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Pakistan dan lain-lain untuk pembotolan dan pengagihan.
China antara yang paling awal berjanji menawarkan vaksin dibangunkannya sebagai produk awam global, supaya negara-negara membangun boleh mendapat akses dan mampu menanggung kos penggunaannya.
Setakat 4 Jun, China telah menyalurkan bantuan vaksin kepada lebih 80 negara sambil mengeksport produk kesihatan itu ke lebih 40 negara, yang jumlah keseluruhannya mencecah 357.01 juta dos.
Dalam perkembangan lain, NHC mengesahkan sebanyak 763.06 juta dos vaksin COVID-19 sudah disuntik di China setakat Sabtu.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#vaksin
#derma
#Suruhanjaya Kesihatan Negara
#NHC
#Zeng Yixin
#China
#Malaysia
#Mesir
#Indonesia
#UAE
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan