Skip to main content

Malaysia

Terengganu negeri terbaru dilanda banjir

Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia membantu memindahkan Helmi Al Faqih Hilmi Saifuldin, bayi berusia lima bulan yang menghidap Sindrom Goldenhar, ke kawasan selamat selepas kediamannya di Taman Murni Permai, Tok Jembal, Kuala Nerus, dinaiki air akibat banjir kilat susulan hujan lebat malam tadi.  -- fotoBERNAMA

Advertisement

KUALA TERENGGANU: Terengganu menjadi negeri terbaru dilanda banjir dengan satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Kuala Nerus ekoran hujan lebat berterusan sejak petang semalam.

Berdasarkan portal InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, PPS Dewan Serbaguna Tok Jembal kini mula beroperasi dengan menempatkan sebanyak 118 mangsa daripada 34 keluarga.

Daripada jumlah itu,  sebanyak 71 mangsa ialah orang dewasa, 43 kanak-kanak manakala empat lagi bayi.

Advertisement

Berdasarkan laporan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) yang dikeluarkan pada 9 malam tadi, hujan lebat dan ribut petir dijangka berlaku di lima daerah di Terengganu, iaitu Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Marang hingga 1 pagi.

Laman sesawang rasmi Public Infobanjir pula melaporkan empat stesen pemantauan Jabatan Pengairan dan Saliran merekodkan paras air sungai melebihi tahap waspada, iaitu stesen Kampung Bukit dan Kampung Langkap di Setiu, Rumah Pam Pulau Bahagia di Kuala Terengganu dan Sungai Nerus di Kampung Jeram dekat Kuala Nerus.

Advertisement

 -- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement