Skip to main content

Dunia

Empat individu ditahan lebih dua bulan selepas insiden kereta api tergelincir di Perancis

Sebuah kereta api serantau yang dalam perjalanan dari Rouen ke Caen tergelincir berhampiran Cleon, di jabatan Seine-Maritime, pada 11 Sept lalu. - Gambar fail/REUTERS
Sebuah kereta api serantau yang dalam perjalanan dari Rouen ke Caen tergelincir berhampiran Cleon, di jabatan Seine-Maritime, pada 11 Sept lalu. - Gambar fail/REUTERS
Advertisement

ISTANBUL: Empat individu ditahan berhampiran Rouen berhubung insiden kereta api tergelincir pada September lalu yang mengakibatkan 44 orang cedera di barat laut Perancis, lapor penyiar awam Perancis, Franceinfo, pada Isnin.

Antara individu yang ditahan ialah seorang lelaki berusia 45 tahun bersama dua anak lelakinya, yang diberkas berhampiran bandar Cleon. Seorang lagi suspek turut ditahan.

Penahanan itu dilakukan lebih dua bulan selepas sebuah kereta api serantau yang dalam perjalanan dari Rouen ke Caen tergelincir berhampiran Cleon, di jabatan Seine-Maritime, pada 11 Sept. Kereta api berkenaan membawa 186 penumpang.

Advertisement

Satu bahagian rel kereta api ditemukan di atas landasan selepas kejadian itu. Antara mangsa yang cedera ialah seorang wanita berusia 18 tahun yang mengalami kecederaan parah.

Pihak penyiasat sedang meneliti bagaimana bahagian landasan itu boleh berada di atas landasan kereta api.

Advertisement

Bagaimanapun, penahanan berkenaan tidak bermakna individu terbabit disahkan bertanggungjawab terhadap kejadian kereta api tergelincir itu.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

 

Must Watch Video

Advertisement