awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dentuman misteri kembali didengari, JMG Perak dan polis tidak terima aduan
Jualan sektor pembuatan naik 4.2 peratus kepada RM1.97 trilion pada 2025 - Perangkaan
Kebenaran merancang perlu untuk bina rumah ibadat - Nga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

China, Filipina setuju teruskan dialog mengenai Laut China Selatan

Bernama
Bernama
03/07/2024
08:45 MYT
China, Filipina setuju teruskan dialog mengenai Laut China Selatan
China dan Filipina berpendapat perlunya mengekalkan dialog dan perundingan menerusi mekanisme yang melibatkan BCM bagi mengelakkan konflik dan perselisihan.- Gambar fail (Okt 2023)/Reuters
MANILA: China dan Filipina mengadakan mesyuarat kesembilan berhubung Mekanisme Perundingan Dua Hala (BCM) di Laut China Selatan di sini, pada Selasa.
Kedua-dua kumpulan perunding yang masing-masing diketuai Naib Menteri Luar China Chen Xiaodong dan Timbalan Menteri Luar Filipina Theresa P. Lazaro telah bertukar-tukar pandangan dengan sikap ikhlas dan konstruktif mengenai keadaan di Laut China Selatan, terutamanya mengenai kawalan situasi di perairan Ren'ai Jiao.
China menegaskan kedaulatan dan penguatkuasaannya ke atas Kepulauan Nansha termasuk Ren'ai Jiao dan perairan sekitarnya, serta menggesa Filipina menghentikan pencerobohan dan provokasi di Laut China Selatan.
China juga meminta Filipina mematuhi Deklarasi Tatalaku Pihak-pihak Berkepentingan di Laut China Selatan (DoC) dan kembali kepada dialog untuk menangani perselisihan, serta bekerjasama mengawal situasi dan meredakan ketegangan di Ren'ai Jiao.
China dan Filipina berpendapat bahawa memandangkan pemeliharaan keamanan dan kestabilan di perairan itu selari dengan kepentingan kedua-dua pihak, dan juga merupakan matlamat bersama bagi negara-negara serantau, perlulah mengekalkan dialog dan perundingan menerusi mekanisme yang melibatkan BCM bagi mengelakkan konflik dan perselisihan.
Selain itu, kedua-dua pihak juga bertukar-tukar pandangan mengenai penambahbaikan mekanisme komunikasi berkaitan urusan maritim, menggalakkan dialog antara sektor pengawal pantai kedua-dua negara, selain memperkasakan kerjasama dalam bidang sains dan teknologi marin serta perlindungan alam sekitar di laut.
Turut hadir, wakil-wakil Kementerian Luar Negeri, Kementerian Pertahanan, jabatan sumber alam dan Jabatan Pengawal Pantai kedua-dua negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#China
#Filipina
#Laut China Selatan
#dialog
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan