MANILA: China pada Khamis menghantar tambahan vaksin COVID-19 Sinovac CoronaVac ke Filipina, lapor Xinhua.

"Penghantaran terbaharu itu adalah kumpulan keempat yang dihantar bulan ini," kata Ketua Program COVID-19 Kerajaan, Carlito Galvez, dalam satu kenyataan.

Galvez dan Setiausaha Kesihatan Francisco Duque menerima bekalan vaksin itu di lapangan terbang di Manila.

China adalah negara pertama menghantar vaksin COVID-19 ke Filipina, dengan kumpulan pertama dihantar pada 28 Februari lalu, membolehkan negara itu memulakan program vaksinasi pada 1 Mac.

Jabatan Kesihatan telah menyuntik lebih 8.4 juta dos vaksin COVID-19, terutamanya kepada petugas kesihatan barisan hadapan, warga emas dan mereka yang mempunyai sejarah penyakit.

Setakat ini lebih 2.1 juta rakyat Filipina telah lengkap divaksin. Negara ini menyasarkan untuk memvaksin sehingga 70 juta penduduk orang pada tahun ini, namun, bergantung kepada bekalan.

Filipina merekodkan 1,372,232 kes COVID-19 pada Rabu, termasuk 23,928 kematian.

-- BERNAMA