awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Edar vape berisi dadah, warga Singapura antara dua ditahan
TPM Ahmad Zahid cadang Skim Potongan Gaji sukarela perluas program wakaf al-Quran
Lebih 51,000 penerima bantuan JKM di Kelantan masih aktif
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

China kendali lebih 100 bilion bungkusan tahun 2025

Bernama
Bernama
10/07/2025
07:29 MYT
China kendali lebih 100 bilion bungkusan tahun 2025
Sektor kurier memainkan peranan semakin penting dalam menyokong industri berkaitan serta memacu pertumbuhan ekonomi secara menyeluruh. - Gambar hiasan
BEIJING: Sektor kurier China telah mengendalikan lebih 100 bilion bungkusan setakat ini, menurut data yang dikeluarkan oleh Biro Pos Negara pada Khamis, lapor Xinhua.

Ringkasan AI
  • Sektor kurier China telah mengendalikan lebih 100 bilion bungkusan setakat ini, dicapai 35 hari lebih awal berbanding tahun 2024. Ini merupakan tahun kelima berturut-turut China mencapai angka tersebut.
  • Perkembangan pesat e-dagang dan pasaran pengguna menyumbang kepada peranan penting sektor kurier dalam menyokong industri berkaitan serta memacu pertumbuhan ekonomi negara.
  • China memperkenalkan pelbagai langkah rangsangan penggunaan termasuk program tukar beli barangan pengguna, dengan sokongan subsidi kerajaan sepanjang 2025. Sektor kurier turut berusaha meningkatkan kecekapan dan mengurangkan kos logistik sosial.

Biro itu menyatakan bahawa pencapaian 100 bilion itu dicapai 35 hari lebih awal berbanding pada 2024, menjadikannya tahun kelima berturut-turut China mengendalikan lebih 100 bilion bungkusan.
Seiring dengan pengembangan pasaran pengguna dan e-dagang yang semakin popular, sektor kurier memainkan peranan semakin penting dalam menyokong industri berkaitan serta memacu pertumbuhan ekonomi secara menyeluruh, kata seorang pegawai biro berkenaan.
Sejak awal tahun ini, China telah memperkenalkan pelbagai langkah untuk merangsang penggunaan. Sebagai contoh, negara itu telah menambah lebih banyak kategori produk dalam program tukar beli barangan pengguna bagi memacu permintaan domestik dan membuka potensi pengguna.
China mengesahkan sokongan terhadap program nasional itu bulan lalu dengan memberi jaminan bahawa pembiayaan akan diteruskan bagi mengekalkan pembayaran subsidi kerajaan sepanjang 2025.
Bagi meningkatkan impak program berkenaan, sektor kurier sedang berusaha menyediakan perkhidmatan yang lebih cekap dan mudah dengan sokongan usaha bersama jutaan pekerja industri, kata pegawai itu.
Sektor itu juga akan meningkatkan usaha untuk mengurangkan kos logistik sosial dan membina masyarakat yang lebih cekap menggunakan sumber, tambah pegawai itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#China
#sektor kurier
#platform online
#100 bilion bungkusan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan