BEIJING: Perjanjian Marrakesh yang bertujuan memberi kemudahan akses kepada pelbagai bahan bacaan untuk Orang Kurang Upaya (OKU) buta berkuat kuasa di China mulai Khamis.
China antara negara kumpulan pertama yang menandatangani Perjanjian Marrakesh selepas ia diluluskan Pertubuhan Harta Intelek Dunia (WIPO) pada Jun 2013.
Pada November 2020, China telah menyelesaikan pemindaan terhadap Undang-undang Hak Cipta sebagai persiapan bagi penguatkuasaan perjanjian berkenaan.
Penguatkuasaan perjanjian itu bakal memberi jaminan lebih sempurna kepada OKU buta yang berjumlah kira-kira 17.32 juta orang di China bagi memperoleh maklumat budaya serta pendidikan secara saksama.
Menurut pegawai Jabatan Pentadbiran Hak Cipta Negara China (NCAC), pihaknya akan mengambil pelbagai inisiatif bagi mendorong pelaksanaan Perjanjian Marrakesh.
Ia termasuk menyempurnakan mekanisme sokongan, menggubal kaedah pelaksanaan yang sejajar dengan keadaan negara sendiri serta menstandardkan piawaian bahan bacaan yang dapat diakses OKU buta.
Selain itu, NCAC juga komited memperkasa kerjasama dengan WIPO dan Accessible Books Consortium (ABC) bagi merancakkan pertukaran bahan bacaan Braille di arena antarabangsa.
Setakat ini, Perjanjian Marrakesh telah dimeterai 84 pihak dari seluruh dunia.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 05 2022

Perjanjian Marrakesh yang bertujuan memberi kemudahan akses kepada pelbagai bahan bacaan untuk Orang Kurang Upaya (OKU) buta berkuat kuasa di China mulai Khamis. -Gambar fail/Reuters

Isu Etnik Uyghur | Kerajaan China digesa buka pintu rundingan
Kerajaan China digesa untuk membuka pintu rundingan bagi menyelesaikan isu penindasan dan kekejaman yang berlaku ke atas etnik Uyghur. Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, sikap negara republik itu yang menolak sebarang bentuk perbincangan mengekang usaha untuk mencari penyelesaian kepada isu etnik minoriti Islam berkenaan.

Mahkamah | Syed Saddiq arah 'lupuskan' RM1 juta
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, diberitahu bahawa Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengarahkan supaya wang RM1 juta yang dikeluarkan daripada akaun Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) "dilupuskan".

Isu Etnik Uyghur | NGO adakan Forum Kemanusiaan Peduli Uyghur
Walaupun Kedutaan China enggan menerima memorandum bantahan, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang membantah penindasan etnik Uyghur akan meneruskan solidariti dengan mengadakan Forum Kemanusiaan Peduli Uyghur. Ketua Pegawai Eksekutif Global Peace Mission (GPM) Malaysia, Ahmad Fahmi Mohd Samsudin berkata, ia bakal membawakan naratif penglibatan ahli parlimen dari pelbagai parti politik bagi memperjuangkan isu kemanusiaan berkenaan.

Seludup ke Thailand | KPDNHEP siasat punca ketirisan minyak masak bersubsidi
Di Kelantan, Pengarah Penguatkuasa KPDNHEP, Azman Adam tidak menolak kemungkinan ketirisan minyak masak bersubsidi didorong oleh permintaan selain dapat mengaut keuntungan tinggi dari hasil penyeludupan itu.

Subsidi Minyak Masak | KPDNHEP komited urus ketirisan bekalan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan menjalankan audit terperinci bagi mengesan di peringkat mana berlaku ketirisan sehingga minyak masak bersubsidi di seludup ke selatan Thailand. Sama ada dari peringkat pembekal atau pengedar.

Kenaikan Harga | Kenal pasti kanak-kanak tiada akses makanan - Hannah Yeoh
Kementerian Pendidikan serta Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat perlu mengenal pasti kanak-kanak yang tidak mempunyai akses kepada makanan. Tegas Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh ini kenaikan harga memberi kesan langsung kepada keluarga golongan bawahan dan sederhana, yang akhirnya memaksa mereka mengurangkan kualiti serta kuantiti makanan harian sekaligus menjejaskan sekuriti makanan buat kanak-kanak.

Banjir Baling | Kedai hanyut, pengusaha bakeri rugi lebih RM200 ribu
Seorang pengusaha bakeri terpaksa menanggung kerugian melebihi RM200,000 apabila kedainya hanyut dalam kejadian banjir dan kepala air yang berlaku di Kampung Iboi, Kupang di Kedah. Menurut Nurul Halimah Kuin, ketika kejadian, dia hanya memikirkan tentang keselamatan ahli keluarga terutama ibu, ibu mertua dan dua pekerjanya.

Bunuh | Lelaki terdengar bisikan ibu sembah berhala
Terdengar bisikan konon ibu kandungnya menyembah berhala didakwa menjadi punca seorang lelaki menikam ibunya dalam kejadian di Kampung Paya Luboh, Tangga Batu, Melaka pada Selasa. Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, mangsa, Rozizah Md Dom, 63 tahun disahkan maut di kediamannya selepas ditikam dua kali di bahagian kiri dan kanan lehernya.

Mangsa Kelar | Suspek tidak berada dibawah pengaruh dadah
Suspek yang disyaki mengelar isteri dan bayinya di Kampung Bakar Batu, Johor Bahru, tidak berada di bawah pengaruh dadah. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat ketika dihubungi berkata, suspek berusia 24 tahun itu juga tiada rekod jenayah lampau dan akan dirujuk ke Hospital Permai untuk ujian kesihatan mental.

Takziah | Tan Sri S. Subramaniam meninggal dunia
Bekas Timbalan Presiden MIC, Tan Sri S. Subramaniam meninggal dunia sekitar jam 8 malam pada Selasa. Perkhabaran duka itu disahkan sendiri oleh anak mendiang, S. Sunther.

China kuat kuasakan Perjanjian Marrakesh
China antara negara kumpulan pertama yang menandatangani Perjanjian Marrakesh selepas ia diluluskan Pertubuhan Harta Intelek Dunia (WIPO) pada Jun 2013.

Perhebatkan usaha ke arah penyertaan Malaysia dalam Perjanjian Marrakesh - Ras Adiba
MyIPO digesa memperhebatkan usaha ke arah Malaysia menandatangani Perjanjian Marrakesh bagi memperkasakan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) penglihatan.

Perjanjian Marrakesh: Tingkat akses maklumat OKU penglihatan
Perjanjian Marrakesh memberi kemudahan askses kepada pelbagai bahan bacaan untuk OKU penglihatan sekali gus memperkasa golongan itu.