awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN cadang isu lambakan barangan import dimasukkan dalam terma, rujukan jawatankuasa khas
Lebih 4,000 kes kanser direkod sejak 2022 di Melaka - Ngwe
Belum ada garis masa bawa penambahan kerusi DUN Sarawak ke Parlimen - Alexander
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

China laksanakan SOP jamin amalan pemakanan angkasawan

Bernama
Bernama
23/09/2024
11:15 MYT
China laksanakan SOP jamin amalan pemakanan angkasawan
China telah mencapai kemajuan yang memberangsangkan dalam pengajian teknologi menetapkan peratusan khasiat dalam amalan pemakanan secara bersasaran tepat. - Gambar/ Bernama/ CMG
HANGZHOU: Pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) dalam sistem logistik untuk amalan pemakanan angkasawan berjalan lancar di China, sebagai persiapan strategik dan teknikal untuk misi eksplorasi angkasa pada masa hadapan.
Perkara itu dimaklumkan "Forum Kedoktoran Frontier Angkasa Lepas Ke-2" di sini pada Ahad.
Semasa sambutan Pesta Kuih Bulan baru-baru ini, kumpulan kru kapal angkasa Shenzhou-18 menikmati pelbagai hidangan di Stesen Angkasa Lepas China. Hidangan itu disediakan pasukan logistik di Bumi berdasarkan kegemaran mereka termasuk kuih bulan yang berisi adunan benih teratai, daging kambing pedas, daging lembu yang dimasak dengan ubi kentang, ayam goreng berperisa susu dan kuih pulut.
"Kami telah mencapai kemajuan besar dalam melaksanakan SOP penyediaan makanan Cina ke angkasa lepas sehingga membolehkan angkasawan yang bertugas di stesen menikmati hidangan yang sesuai dengan cita rasa masing-masing," kata petugas Pusat Penyelidikan Saintifik dan Latihan Angkasawan China, Li Yinghui.
Sementara itu, China juga telah mencapai kemajuan yang memberangsangkan dalam pengajian teknologi menetapkan peratusan khasiat dalam amalan pemakanan secara bersasaran tepat. Ia dipercayai dapat membantu menangani masalah fisiologi angkasawan dalam keadaan tanpa graviti dan memastikan kesihatan mereka terjamin sepanjang misi penerbangan lebih 180 hari.
Pasukan itu menghadapi cabaran lebih besar dalam persiapan untuk keberadaan angkasawan di permukaan bulan, yang dipercayai memerlukan kos logistik dan kecekapan operasi lebih tinggi berbanding keberadaan di angkasa.
"Sehubungan itu, China telah mempercepat langkah dalam mengkaji sejumlah teknologi strategik seperti memasak ketika berada dalam penerbangan di orbit dan menghasilkan makanan jenis baharu untuk kegunaan di luar Bumi," kata seorang lagi petugas pusat itu, Zang Peng.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#angkasawan China
#SOP pemakanan
#selera angkasawan
#eksplorasi angkasa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan