awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

China: Lebih 90 negara bakal sertai Forum Ketiga BRI

Bernama
Bernama
07/09/2023
21:56 MYT
China: Lebih 90 negara bakal sertai Forum Ketiga BRI
Mao Ning berkata forum itu juga bakal menjadi platform penting bagi semua pihak untuk membincangkan kerjasama BRI. - Gambar fail/REUTERS
BEIJING: Lebih 90 negara telah mengesahkan untuk menyertai Forum Ketiga Jalur dan Laluan (BRI) untuk Kerjasama Antarabangsa yang akan diadakan pada Oktober, kata jurucakap Kementerian Luar China pada Khamis, lapor Xinhua.
Mao Ning berkata, Khamis 7 Sept menandakan ulang tahun ke-10 Jalur Ekonomi Laluan Sutera (komponen di bawah Inisiatif BRI) dan forum pada Oktober itu bakal menjadi acara paling penting sempena memperingati ulang tahun ke-10 inisiatif BRI.
Beliau berkata forum itu juga bakal menjadi platform penting bagi semua pihak untuk membincangkan kerjasama BRI.
"Setakat ini, wakil dari lebih 90 negara telah mengesahkan penyertaan mereka.
"Antaranya ialah pemimpin, menteri dan wakil rasmi lain dari negara rakan BRI, serta wakil dari pelbagai bidang, termasuk komuniti perniagaan, kumpulan pemikir dan masyarakat awam yang menyokong dan aktif mengambil bahagian dalam kerjasama BRI," kata jurucakap itu.
Ketua dan wakil pelbagai pertubuhan antarabangsa juga telah mengesahkan kehadiran mereka.
"Dipercayai lebih ramai rakan kongsi akan mengesahkan penyertaan dalam tempoh beberapa hari lagi," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#BRI
#China
#Mao Ning
#Forum Ketiga BRI untuk Kerjasama Antarabangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan