awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

China negara paling banyak kemuka permohonan paten pada 2022 - Laporan

Bernama
Bernama
29/06/2024
12:21 MYT
China negara paling banyak kemuka permohonan paten pada 2022 - Laporan
Kebanyakan permohonan paten China antara 2018 dan 2022 membabitkan komputer, 'sensor' dan mesin elektrik serta teknologi digital. - Gambar fail/Reuters
BERLIN: China menjadi negara yang paling banyak mengemukakan permohonan paten di dunia, menyumbang hampir separuh daripada keseluruhan permohonan pada 2022.
Pada tahun itu, sebanyak 3.4 juta permohonan paten diluluskan di seluruh dunia berbanding hanya 635,000 pada 1980, antaranya hanya 44 permohonan dari China, menurut Persatuan Syarikat Farmaseutikal Berasaskan Penyelidikan Jerman (vfa).
"Peningkatan China sebagai hab perniagaan dan inovasi adalah sangat pesat," kata Ketua Pakar Ekonomi vfa Claus Michelsen, sambil menambah bahawa pembangunan saintifik negara dan aktiviti paten yang terhasil "tidak pernah berlaku sebelum ini dalam sejarah ekonomi moden".
Pada 2000, China mengembangkan sistem sains dan inovasi yang mencatat peningkatan ketara bagi bilangan pelajar universiti, daripada 7 juta pada tahun itu meningkat kepada lebih daripada 35 juta pada tahun ini.
Kebanyakan permohonan paten China antara 2018 dan 2022 membabitkan komputer, 'sensor' dan mesin elektrik serta teknologi digital.
Sementara itu, negara itu juga menunjukkan minat yang semakin meningkat dalam sektor farmaseutikal dan bioteknologi melalui aplikasi patennya.
Pada 2022, 1.5 juta permohonan paten telah difailkan dari 27 negara lain termasuk Amerika Syarikat, Jepun dan negara anggota Kesatuan Eropah, bersamaan sekitar 44 peratus daripada jumlah itu, menurut vfa.
Eropah masih mendominasi sektor automotif dan teknologi perubatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kesatuan Eropah
#permohonan paten
#sektor automotif
#pembangunan saintifik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan