Skip to main content

Advertisement

Dunia

China teruskan komunikasi dengan AS mengenai lawatan Trump

81745050130_ChinaUSAFlag.jpg
Diplomasi ketua negara memainkan peranan unik yang penting dalam menyediakan panduan strategik untuk hubungan China-AS

ISTANBUL: China memaklumkan pada Selasa bahawa Beijing masih meneruskan komunikasi dengan Amerika Syarikat (AS) mengenai rancangan lawatan Presiden Donald Trump ke negara Asia Timur itu, lapor Anadolu Ajansi.

"Diplomasi ketua negara memainkan peranan unik yang penting dalam menyediakan panduan strategik untuk hubungan China-AS," kata jurucakap Kementerian Luar China Mao Ning pada sidang akhbar di Beijing.

Advertisement

"Beijing dan Washington "masih berkomunikasi mengenai lawatan Presiden Trump ke China", katanya sambil enggan mengulas lanjut mengenai perincian lawatan itu.

Rumah Putih pada Jumaat mengesahkan bahawa Trump akan ke China untuk lawatan tiga hari bermula 31 Mac.

Butiran lanjut mengenai lawatan itu tidak disediakan serta-merta oleh pihak AS, namun lawatan itu, yang akan berakhir pada 2 April, dijangka banyak berkisar pada rundingan perdagangan antara Trump dan Presiden China Xi Jinping.

-- BERNAMA

Must Watch Video