awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKNNS siasat dakwaan pekerja kedai makan basuh lebihan makanan untuk dijual semula
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS, mata wang negara serantau
64,295 pelawat Singapura masuki Sarawak pada 2025, catat jumlah tertinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

China umum kru angkasawan Shenzhou-17

Bernama
Bernama
25/10/2023
08:32 MYT
China umum kru angkasawan Shenzhou-17
Tiga angkasawan itu tampil di khalayak pada sidang media bersama wartawan tempatan dan asing di Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan.- Foto Reuters
JIUQUAN: China pada Rabu mengumumkan pemilihan tiga angkawasan iaitu Tang Hongbo, Tang Shengjie dan Jiang Xinlin untuk menjalankan misi Shenzhou-17.
Menurut Agensi Angkasa Bermanusia China (CMSA), Tang Hongbo yang juga komander misi Shenzhou-17 dan kru berkenaan antara angkasawan termuda yang terpilih menyertai misi itu sejak projek pembinaan stesen angkasa China dilancarkan.
Tiga angkasawan itu tampil di khalayak pada sidang media bersama wartawan tempatan dan asing di Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan pada pukul 11 pagi.
Kapal angkasa Shenzhou-17 akan dilancarkan pada 11.14 pagi esok (Khamis).
Objektif misi kali ini antaranya termasuk melakukan pertukaran syif dengan kru Shenzhou-16 dan singgah di stesen angkasa selama enam bulan, melaksanakan eksperimen saintifik, menjalankan aktiviti luar kenderaan (EVA) serta kerja pemasangan dan penyelenggaraan.
Naib pengarah CMSA Lin Xiqiang berkata kerja persiapan bagi pelancaran kapal angkasa berkenaan sudah selesai dan tiga angkasawan berada dalam keadaan baik.
Kru Shenzhou-16 dijadual kembali ke Bumi pada 31 Oktober selepas menyelesaikan pertukaran syif dengan kru Shenzhou-17.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#misi Shenzhou-17
#angkasawan China
#kapal angkasa
#Stesen angkasa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan