Zoo Prague di Republik Czech mempamerkan lima ekor cicak tanpa telinga yang baru menetas pada Selasa sebagai sebahagian daripada program pembiakan di Eropah.
Reuters melaporkan, program itu disasarkan untuk melonjakkan angka reptilia bersifat nokturnal yang jarang diberi perhatian di habitat liarnya.
Digelar sebagai penemuan 'paling jarang dan luar biasa' di kalangan komuniti peminat reptilia global, cicak itu merupakan reptilia yang hidup di hutan Borneo terutamanya di hutan hujan kawasan rendah yang dekat dengan sungai.
Spesies tersebut jarang ditemui dan hanya aktif pada waktu malam.
Bentuk tubuhnya yang lain daripada cicak biasa, membuatkannya menjadi buruan sindiket penyeludupan haram hidupan liar.
Ia juga sensitif pada perubahan persekitaran, iaitu hanya selesa dalam kawasan yang bersuhu antara 26 hingga 28 darjah Celsius.
Ciri tersebut diberi perhatian khas dalam program pembiakan di Zoo Prague.
"Sangat jelas bahawa ini merupakan spesies yang terikat dengan persekitaran sungai di dalam hutan tropika. Ia sangat terancam berikutan kemusnahan habitatnya di Borneo," ujat kurator reptilia di zoo tersebut, Petr Velensky.
Saiz cicak hutan itu hanya sepanjang kira-kira 20 sentimeter dan pegawai zoo memberitahu, dalam beberapa hari lagi beberapa biji telur dijangka akan menetas.
Zoo Prague, yang terkenal dengan program pembiakan haiwan yang jarang ditemui, pernah menerima tujuh ekor cicak daripada seorang pemilik di Jepun. Pemilik tersebut pada dua tahun sebelumnya, telah berjaya membiakkan reptilia itu dalam kurungan, buat kali pertama.
Agensi
Wed Oct 17 2018
Rupa bentuk cicak ini membuatkannya menjadi buruan sindiket penyeludupan haiwan liar antarabangsa. - Reuters
Lelaki bakar diri di luar mahkamah perbicaraan Trump meninggal dunia
Maxwell Azzarello didakwa menuang cecair mudah terbakar pada tubuhnya sebelum melemparkan risalah teori konspirasi ke udara.
PKR Sabah minta PM tumpu ikhtiar noktah kemiskinan tegar, isu dokumentasi
Tumpuan kepada ikhtiar menoktahkan kemiskinan tegar dan isu dokumentasi rakyat antara tiga cadangan khusus diutarakan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah kepada Perdana Menteri.
Harga jualan maksimum benih padi sah program IBPS RM54, RM58
Harga jualan maksimum benih padi sah CL220 bagi program Insentif Benih Padi Sah (IBPS) ditetapkan pada kadar RM54 di peringkat pemborong dan RM58 di peringkat peruncit berkuat kuasa 15 April.
PN masih menunggu butiran memorandum mengenai peruntukan
Perikatan Nasional masih menunggu butiran memorandum persefahaman yang akan dikemukakan oleh Kerajaan Perpaduan selepas pertemuan antara kerajaan dan wakil Ahli Parlimen pembangkang baru baru ini.
Tun Hanif selamat dikebumi Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara
Jenazah Allahyarham Tun Hanif Omar selamat dikebumikan jam 3.17 petang pada Sabtu.
Kekejaman Zionis: Rakyat Palestin terkorban melepasi 34,000 nyawa
Angka kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel kini melepasi 34,000 nyawa setakat Jumaat.
AWANI Ringkas: Keputusan kolektif MCA
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kes tembak KLIA: Suspek buat pemeriksaan kesihatan mahu kerja di Arab Saudi
Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan polis mendapati suspek sudah membuat pemeriksaan kesihatan di hospital berkenaan seminggu sebelum kejadian tembakan itu berlaku.
Gaza Freedom Flotilla: Latihan antikekerasan prosedur wajib sebelum misi pelayaran bermula
Freedom Flotilla to Gaza: Latihan anti keganasan prosedur wajib sebelum misi pelayaran bermula
Majoriti Ketua Bahagian UMNO sokong afidavit Ahmad Zahid - Ahmad Maslan
Majoriti daripada 191 Ketua Bahagian UMNO menyokong usaha Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memfailkan afidavit tambahan menyokong petisyen Datuk Seri Najib Tun Razak.
Suami isteri bela 159 kucing dalam pangsapuri dihukum penjara
Pasangan itu didapati bersalah atas kesalahan pengabaian keadaan kesihatan haiwan berkenaan.
Cuaca panas: Haiwan juga berisiko kena strok haba
CUACA PANAS: HAIWAN JUGA BERISIKO KENA STROK HABA
Hotel kucing jadi rebutan menjelang cuti Aidilfitri
Ada yang membuka tempahan lebih awal dan penuh sebelum Ramadan lagi.
Gangguan emosi punca si pelaku zalim
Tambah Zhooriyati, emosi negatif yang terpendam merupakan pembunuh senyap dalam hidup seseorang.
Gangguan 'agenesis'... Kali pertama kucing tanpa jantina ditemui!
Keadaan yang dialami kucing bernama Hope itu disebut agenesis, iaitu kegagalan organ untuk berkembang.
China berjaya hasilkan serigala artik klon pertama di dunia
Kelahiran serigala artik liar yang diklon itu merupakan satu peristiwa penting bagi penerapan teknologi pengklonan.
Status vaksin PPVN pada peringkat praklinikal terhadap haiwan - Dr Adham
Status vaksin yang dibangunkan dalam Pelan Hala Tuju Pembangunan Vaksin Negara (PPVN) kini berada pada peringkat ujian praklinikal terhadap haiwan.
10% wilayah Corrientes musnah dalam kebakaran hutan
Gabenor Corrientes, Gustavo Valdes, mengisytiharkan wilayah itu sebagai "zon bencana alam sekitar".
Kasih sayang tanpa sempadan, Norashikin selamatkan ratusan haiwan terbiar
Usaha yang dilakukan secara aktif sejak 2014 sedikit sebanyak mengikut jejak langkah ayahnya.
Pemain West Ham United, Zouma mohon maaf aniaya kucing peliharaan
Video tersebut menunjukkan Zouma menendang kucing itu yang berada di atas lantai dan menamparnya.