awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Edar vape berisi dadah, warga Singapura antara dua ditahan
TPM Ahmad Zahid cadang Skim Potongan Gaji sukarela perluas program wakaf al-Quran
Lebih 51,000 penerima bantuan JKM di Kelantan masih aktif
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Cinta semerbak' India-Pakistan kini bersatu

Agensi
Agensi
04/03/2019
03:22 MYT
'Cinta semerbak' India-Pakistan kini bersatu
Lelaki Gujarati dari Mumbai dikenali sebagai Jai dan Habiba dari Karachi akhirnya disatukan pada 23 Februari lalu. - Foto Agensi
Ketika India dan Pakistan terlibat dalam konflik baharu, sepasang kekasih dari kedua-dua negara kuasa nuklear itu telah mengikat tali perkahwinan di Dubai selepas enam tahun menyulam cinta.
Lelaki Gujarati dari Mumbai dikenali sebagai Jai dan Habiba dari Karachi akhirnya disatukan pada 23 Februari lalu.
Keluarga kedua-dua belah pihak turut sama menghadiri majlis perkahwinan mereka di tengah-tengah ketegangan yang semakin meningkat antara Islamabad dan Pakistan.
Krisis kedua-dua negara itu tidak menghalang pasangan tersebut untuk berkahwin walaupun hubungan mereka juga pernah berdepan waktu sukar sepanjang tempoh enam tahun bercinta.
Ketika mengumumkan khabar gembira #JaibBibaForever itu di Facebook, Jai memuat naik gambar perkahwinan mereka dengan kapsyen, 'Enam tahun sebelum ini, kami ada rasa takut kerana saya dari India dan dia dari Pakistan. Tetapi, kami memilih untuk tidak putus asa. Dan akhirnya selepas enam tahun dan terlibat dengan banyak pergaduhan, pengorbanan dan waktu sukar, kami secara rasmi bersatu!
'Di sempadan, India dan Pakistan bermusuh, tetapi di Emiriah Arab Bersatu (UAE), kami telah membuktikan cinta boleh menyatukan kami!' - Gulf News
Topic Berkaitan
#Dubai
#Facebook
#India
#keluarga
#konflik India-Pakistan
#Mumbai
#Pakistan
#perkahwinan
#UAE
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan