CIRCLE to Search adalah ciri baharu yang diperkenalkan pada siri Galaxy S24 dan Pixel 8 beberapa bulan yang lalu.

Setakat ini kami boleh katakan ia adalah ciri mencari maklumat yang terbaik pernah kami gunakan pada telefon pintar.

Dengan ciri ini telah dikembangkan ke peranti Pixel 7, siri Galaxy S23, Z Fold5, Z Flip5 dan Tab S9, Google mengumumkan Circle to Search akan diberikan pula ciri alih bahasa dengan pantas.

Apabila Circle to Search diseru oleh pengguna, butang khas untuk alih bahasa berbentuk bulat juga akan dipaparkan.

Jika ditekan, sebarang perkataan dalam imej di skrin akan dialih ke bahasa pilihan pengguna.

Ini adalah ciri yang telah laman wujud pada Google Lens dan Google Translate tetapi kini diberikan pula pada Circle to Search.

Antara penggunaan yang menarik ialah mengalih bahasa pada menu apabila ke luar negara.

Google berkata ciri ini akan diberikan secara berperingkat pada peranti global.

Di peringkat awal ia akan disokong pada peranti Google Pixel 7 dan ke atas serta siri Galaxy S24 sahaja dengan ia boleh mengalih bahasa yang disokong oleh Google Translate. -Amanz