awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada laporan diterima berhubung dakwaan buli di Kulim
Bekas PM Bangladesh Sheikh Hasina dihukum penjara 10 tahun kes rasuah projek perumahan kerajaan
Anwar pulang naik ETS3 ke ibu negara usai lawatan santai ke Johor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

CNN rancang berhentikan ratusan pekerja, beralih ke operasi digital

Bernama
Bernama
23/01/2025
09:45 MYT
CNN rancang berhentikan ratusan pekerja, beralih ke operasi digital
CNN turut merancang untuk memindahkan beberapa rancangannya dari Washington dan New York ke Atlanta bagi mengurangkan kos operasi produksi. -AP
MOSCOW: Stesen penyiar Amerika Syarikat CNN merancang untuk memberhentikan ratusan pekerja ketika ia beralih fokus ke operasi digital, lapor Sputnik/RIA Novosti.

Ringkasan AI
  • CNN merancang untuk memberhentikan ratusan pekerja sebagai sebahagian daripada peralihan fokus ke operasi digital dan produk langganan digital.
  • Langkah ini bertujuan mengurangkan kos operasi dan menyatukan pasukan, dengan beberapa rancangan dipindahkan dari Washington dan New York ke Atlanta.
  • NBC juga merancang untuk mengurangkan pekerjanya, tetapi jumlahnya dijangka kurang daripada 50 orang.

Menurut CNBC pada Khamis, yang memetik sumber yang boleh dipercayai, langkah ini diambil kerana CNN, yang mempunyai kira-kira 3,500 pekerja merancang beralih daripada operasi penyiarannya ke arah penonton digital global dengan mewujudkan produk langganan digital.
Langkah pengurangan pekerja ini akan membolehkan CNN mengurangkan kos operasi dan menyatukan pasukan, kata mereka, sambil menjelaskan perubahan itu dijangka tidak akan menjejaskan personaliti CNN yang paling dikenali.
CNN turut merancang untuk memindahkan beberapa rancangannya dari Washington dan New York ke Atlanta bagi mengurangkan kos operasi produksi.
Selain CNN, satu lagi rangkaian, NBC turut merancang untuk mengurangkan pekerjanya, tetapi langkah pengurangan pekerja dijangka jauh lebih kecil, iaitu kurang daripada 50 orang, kata dua lagi sumber lain kepada CNBC.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#CNN
#ratusan pekerja
#fokus ke digital
#produk langganan digital
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan