SHENZHEN: China mencatatkan 165 kes baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam pada Sabtu.

Menurut kenyataan Suruhanjaya Kesihatan Nasional pada Ahad, daripada jumlah itu, 92 kes merupakan penularan tempatan.

Jelanya, kebanyakan kes dilaporkan di wilayah Henan dan Shaanxi.

Dua kes penularan tempatan varian Omicron dikesan di bandar Tianjin, bersebelahan dengan ibu kota Beijing.

Ujian saringan besar-besaran terhadap lebih 14 juta penduduk di bandar tersebut telah dimulakan.

Tiada kes kematian baharu dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif negara itu kekal kepada 4,636 kes dengan 103,619 kes positif setakat ini.