JUMLAH kematian akibat COVID-19 di seluruh dunia kini mencecah lebih 580,000 kes.

Statistik terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan, awal pagi Khamis, angka kematian global meningkat lebih 5,000 dalam tempoh 24 jam.

Amerika Syarikat merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 136,000 kes, manakala Brazil dan United Kingdom berada di kedudukan kedua dan ketiga dengan masing-masing merekodkan 74,000 dan 45,000 kematian.

Mexico, Itali dan Perancis pula merekodkan angka kematian 36,000, 34,000 dan 30,000 kes.

Sepanyol dan India masing-masing merekodkan 28,000 dan 24,000 kes.

Negara-negara lain masih merekodkan angka kematian di bawah 13,000.