ANGKA kematian akibat jangkitan COVID-19 di seluruh dunia terus meningkat dalam tempoh 24 jam lalu.

Statistik Johns Hopkins University menunjukkan jumlah kumulatif kematian global kini lebih 438,000 kes.

Amerika Syarikat (AS) kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 116,000 kes.


Statistik Johns Hopkins University menunjukkan jumlah kumulatif kematian global kini lebih 434,000 kes.
Brazil kini di kedudukan kedua kes kematian tertinggi mengatasi United Kingdom (UK) dengan lebih 43,000.

Manakala UK ketiga dengan lebih 42,000 kematian.

Kes kematian di Itali berada pada paras 34,000 kes.

Sementara itu, Perancis dan Sepanyol masing-masing mencatatkan angka kematian 29,000 dan 27,000 kes.

Negara lain masih mencatatkan angka korban di bawah 17,000 kes.