LEBIH 4,000 kes kematian disebabkan jangkitan COVID-19 di seluruh dunia dicatatkan dalam tempoh 24 jam.

Ini menjadikan jumlah kumulatif kematian global akibat COVID-19 kini mencecah angka 900,239.

Statistik Johns Hopkins University menunjukkan, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah tertinggi bilangan yang maut akibat COVID-19 dengan 190,763 kes.

Ini diikuti Brazil dengan 127,464 kematian.

Manakala India dan Mexico masing-masing merekodkan angka korban COVID-19 sebanyak 73,890 dan 68,484 kes.

Turut mencatatkan angka korban yang tinggi adalah United Kingdom dengan 41,683 kes.

Sementara itu, Itali, Perancis dan Peru pula masing-masing merekodkan 35,577, 30,800 dan 30,123 kes.

Manakala Sepanyol mencatatkan 29,628 angka kematian, Iran 22,669 dan Colombia 21,817.

Lain-lain negara masih merekodkan angka korban di bawah 20,000 kes.