PERTUBUHAN Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan menggantung buat sementara waktu penggunaan hydroxychloroquine sebagai rawatan COVID-19 dalam kajian yang dilakukannya di peringkat global.
Menurut badan itu, pakar WHO kini akan meneliti semua data yang diperolehi daripada penggunaan ubat malaria tersebut sehingga kini.
Ketua Pengarah WHO Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus mengumumkan perkara itu pada satu sidang media di Geneva pada Isnin.
Katanya, memetik laporan journal perubatan Lancet yang diterbitkan pada Jumaat, pesakit yang diberikan hydroxychloroquine berdepan risiko kematian atau masalah jantung.
"Kumpulan eksekutif percubaan Solidarity, mewakili 10 negara yang mengambil bahagian, mengadakan perbincangan pada Sabtu dan bersetuju untuk mengkaji semula analisa komprehensif dan penilaian terhadap semua bukti yang ada di seluruh dunia.
"Kajian berkenaan akan mempertimbangkan data yang dikumpul setakat ini, khususnya data rawak yang tersedia, bagi menilai dengan tepat potensi faedah dan kemudaratan dari ubat berkenaan.
"Ia juga telah melaksanakan pemberhentian sementara penggunaan hydroxychloroquine, sementara data berhubung keselamatan disemak Badan Pemantau Keselamatan Data," kata Tedros.
Percubaan Solidarity dimulakan WHO dua bulan lalu bagi menilai keselamatan dan keberkesanan empat jenis ubat dan empat kombinasi ubat yang digunakan bagi merawat COVID-19.
Minggu lepas, presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengakui dia mengambil hydroxychloroquine walaupun negatif COVID-19.
Pada 23 Mei lepas, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Datuk Dr Noor Hisham Abdullah melaporkan Malaysia menggunakan hydroxychloroquine untuk merawat pesakit COVID-19 di negara ini.
Menurutnya, doktor harus memantau pesakit yang dirawat menggunakan hydroxychloroquine kerana ia mempunyai kesan sampingan.
Antara ubatan lain yang turut digunakan untuk merawat pesakit COVID-19 adalah remdesivir.
Astro Awani
Mon May 25 2020
TEDROS: Kajian berkenaan akan mempertimbangkan data yang dikumpul setakat ini, khususnya data rawak yang tersedia, bagi menilai dengan tepat potensi faedah dan kemudaratan dari ubat berkenaan. - Gambar fail
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Penghidap kanser tulang impikan telefon bimbit
Siti Zubaidah, calon SPM yang mengidap kanser tulang, bercita-cita memiliki telefon bimbit untuk merakam kenangan sebelum pergi. Petronas merealisasikan impian ini melalui program 50 Dreams.
Malaysia seru pihak terlibat supaya bertenang dan minta siasatan dijalankan terhadap isu kemanusiaan di Gaza
Malaysia seru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan menghentikan tindakan provokatif yang boleh memburukkan lagi konflik di rantau Asia Barat.
PRK Kuala Kubu Baharu bermula hari ini
PRK DUN Kuala Kubu Baharu dimulakan hari ini dengan proses penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor. Calon dari parti serta calon bebas boleh serahkan borang pencalonan mulai jam 9 pagi.
Kelaparan akut jejaskan 281.6 juta orang tahun lepas - PBB
Tahap bahaya kelaparan akut menjejaskan 281.6 juta orang tahun lepas, tahun kelima berturut-turut bahawa ketakjaminan makanan semakin memburuk.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.
Kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada COVID-19 - Anthony Loke
PDRM akan mengeluarkan data mengenai kemalangan jalan raya pada setiap hari, bukan setahun sekali seperti diamalkan sebelum ini.
Ismail Sabri ziarah lapan beradik yatim piatu akibat COVID-19
Ismail Sabri tiba kira-kira jam 2 petang di kediaman lapan beradik itu di Taman Adenium, Bukit Beruntung pada Selasa.
Teori konspirasi 'Penyakit X'
Ahli teori konspirasi AS sekali lagi membuat 'keuntungan' selepas PBB memberi amaran tentang wabak lebih berbahaya iaitu 'Penyakit X'.
Reformasi dasar, kukuhkan perlindungan, produktiviti pekerja tidak formal
Reformasi dasar perlu dilakukan dalam usaha meningkatkan perlindungan dan produktiviti pekerja tidak formal di Malaysia.