PERTUBUHAN Kesihatan Sedunia (WHO) menjangkakan pandemik COVID-19 akan berakhir dalam tempoh dua tahun.

Menurut Ketua Pengarah WHO Dr Tedros Adhanom Gheyreyesus, beliau percaya pakar mempunyai pengetahuan dan teknologi untuk menghentikannya.

Beliau mengambil contoh virus 'Spanish flu' yang menular pada 1918 hingga membunuh 50 juta orang.

Virus itu telah berjaya dikawal sepenuhnya selepas dua tahun.

Namun, merujuk kepada COVID-19, beliau berpendirian, dengan pembukaan semula lebih banyak sektor ekonomi, virus berkenaan lebih mudah tersebar.


Bagaimanapun, Tedros mengakui, kemajuan teknologi membolehkan pakar mencari jalan penyelesaian lebih cepat.

Ini juga dibantu dengan solidariti global.

Angka maut akibat COVID-19 global setakat ini menghampiri 1 juta orang.