CALIFORNIA: California menjadi negeri pertama di Amerika Syarikat yang merekodkan lebih daripada lima juta jangkitan COVID-19 setakat ini.

Angka itu didedahkan Jabatan Kesihatan Awam Negeri.

Statistik ini bagaimanapun sudah dijangka di negeri dengan kepadatan 40 juta penduduk itu.

Persediaan dilakukan untuk lonjakan jangkitan baharu susulan musim percutian dan perhimpunan keluarga yang terpaksa dilakukan di rumah dan ruang tertutup kerana ribut musim sejuk.

Jumlah kes di California dilihat mendahului negeri-negeri utama yang lain di Amerika Syarikat.

Texas mencatatkan lebih 4.4 juta kes, manakala Florida mencapai angka 3.9 juta kes pada Ahad.

California turut merekodkan lebih 75,500 kematian berkaitan COVID-19.