JEPUN memulakan program vaksinasi COVID-19 untuk populasi warga tua pada Isnin.

Negara itu menghadapi kekurangan dos vaksin yang diimport serta kemungkinan sukar untuk menghentikan gelombang keempat pandemik.

Suntikan untuk individu berusia 65 tahun ke atas bermula di 120 kawasan di seluruh negara menggunakan vaksin Pfizer.

Hanya 2,810 orang daripada kumpulan pertama di Tokyo terima suntikan vaksin sementara kebanyakan wilayah akan menerima 1,000 dos atau kurang.

Jepun mempunyai populasi golongan tua yang tinggi seramai 126 juta.

Perdana Menteri Yoshihide Suga mengatakan dia berharap dapat memperoleh sekitar 100 juta dos vaksin pada akhir bulan Jun, lebih daripada cukup untuk memberi dua dos kepada penduduk tua.

Tokyo pada Isnin telah memulakan langkah-langkah darurat selama sebulan untuk menghadapi gelombang penularan keempat yang disebabkan varian mutasi berbahaya.

Negara itu bakal menjadi tuan rumah Olimpik musim panas kurang dari 100 hari lagi.

Suntikan untuk penduduk umum tidak akan tersedia sehingga akhir musim panas atau musim sejuk.

Ini dilihat lewat untuk untuk membendung kembali kes yang tertumpu pada individu berusia 30-an dan 40-an.

Jepun adalah antara ekonomi utama terakhir yang memulakan program inokulasi COVID-19 pada pertengahan Februari.

Jepun bergantung pada vaksin Pfizer sebagai satu-satunya suntikan COVID-19 yang diluluskan oleh pengawal selia domestik.

Kira-kira 1.1 juta orang di Jepun, kebanyakannya pekerja kesihatan telah menerima sekurang-kurangnya satu atau dua suntikan vaksin Pfizer setakat ini.