awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesawat Japan Airlines terbakar: Malaysia zahirkan simpati dan ucap takziah

Astro Awani
Astro Awani
02/01/2024
15:24 MYT
Pesawat Japan Airlines terbakar: Malaysia zahirkan simpati dan ucap takziah
Kementerian Luar Negeri, melalui Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo, sedang memantau rapat perkembangan insiden yang berlaku pada Selasa. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Malaysia menzahirkan rasa simpati dan ucapan takziah kepada mangsa dan keluarga yang terjejas akibat daripada insiden sebuah pesawat Japan Airlines (JAL 516) bertembung dengan pesawat Pengawal Pantai Jepun (JCG) di landasan Lapangan Terbang Haneda, Tokyo
Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar Negeri, melalui Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo, sedang memantau rapat perkembangan insiden yang berlaku pada Selasa.
"Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo kini sedang berhubung dengan pegawai dari Japan Airlines serta pihak berkuasa Jepun untuk menentukan jika ada rakyat Malaysia yang terkesan oleh insiden ini dan akan menghulurkan bantuan yang sewajarnya," kata kenyataan tersebut.
Menurut laporan, kesemua 379 penumpang dan krew penerbangan JAL 516, termasuk 8 kanak-kanak, berjaya diselamatkan, dengan sekurang-kurangnya 17 orang cedera.
Walau bagaimanapun, lima daripada enam anak kapal daripada pesawat JCG disahkan meninggal dunia.
Topic Berkaitan
#Japan Airlines
#pesawat
#pesawat terbakar
#Nahas
#Tokyo
#Wisma Putra
#simpati
#takziah
#Malaysia
#Jepun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan