awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua lelaki ditahan bantu siasatan kes bunuh ibu tunggal di Sungai Dua
Brendan Gan pilih kekal di Australia
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dipacu pengukuhan domestik, kenaikan harga minyak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Iklan Mechamato terpampang di Tokyo curi perhatian netizen

Bernama
Bernama
25/06/2024
11:45 MYT
Iklan Mechamato terpampang di Tokyo curi perhatian netizen
Siri iklan animasi itu ditayangkan secara umum di Akihabara, Tokyo yang merupakan tumpuan utama bagi dunia animasi.
KUALA LUMPUR: Siri animasi Mechamato sekali lagi mencuri perhatian peminat animasi tempatan dan luar negara apabila iklan animasi itu terpampang di papan iklan di Tokyo, baru-baru ini.
Ketua Pengarah MONSTA Nizam Abd Razak menerusi hantaran di Facebooknya berkongsi video pendek dan gambar yang memaparkan siri iklan animasi itu ditayangkan secara umum di Akihabara, Tokyo yang merupakan tumpuan utama bagi dunia animasi.
"Mechamato di Akihabara! Pusat dunia anime! Mechamato x Tokyo MX!!," katanya menerusi hantaran di laman sosialnya, semalam.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan MONSTA hari ini, sebanyak dua musim siri Mechamato kini sedang ditayangkan di Tokyo MX dan beberapa platform penstriman di Jepun, manakala musim tiga bagi siri animasi itu pula dijangka ditayangkan hujung tahun ini.
Kejayaan siri animasi itu dalam mencipta nama di Tokyo turut mendapat perhatian dan sokongan warganet yang berkongsi rasa bangga serta keterujaan melihat karya animasi tempatan di peringkat antarabangsa.
MONSTA adalah syarikat hiburan yang berpengalaman dan terkenal dengan penghasilan watak-watak fiksyen popular seperti BoboiBoy, Mechamato, Papa Pipi dan Fly With Yaya, serta berperanan menghasilkan hiburan berkualiti tinggi untuk seisi keluarga.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mechamato
#papan iklan
#Tokyo
#Jepun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan