JUMLAH kes baharu COVID-19 yang dilaporkan di seluruh dunia mencatatkan penurunan untuk minggu keempat berturut-turut.

Jumlah kematian COVID-19 yang dilaporkan di seluruh dunia juga menurun untuk minggu kedua berturut-turut, dengan 88,000 kematian baharu dilaporkan minggu lalu, penurunan 10 peratus berbanding minggu sebelumnya.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), lebih 3.1 juta kes baharu COVID-19 dilaporkan di seluruh dunia minggu lalu, iaitu menurun 17 peratus daripada minggu sebelumnya dan angka terendah sejak 26 Oktober 2020.

"Walaupun masih banyak negara mengalami peningkatan jumlah kes, di peringkat global, ini satu perkembangan menggembirakan," kata WHO dalam kemaskini mingguan.

Kes baharu di Amerika Syarikat juga menunjukkan penurunan daripada minggu sebelumnya, menurut data WHO.

Brazil, Perancis, Rusia dan United Kingdom juga melaporkan jumlah kes baharu tertinggi, namun kesemuanya mencatatkan penurunan berbanding angka pada minggu sebelumnya.

Afrika menyaksikan penurunan kes terbesar iaitu 22 peratus, sementara negara-negara Asia Barat mengalami penurunan terendah, iaitu, dua peratus.