NEW YORK:Kelulusan penggunaan vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech oleh Pentadbiran Makanan dan Perubatan Amerika Syarikat (FDA) merupakan langkah penting dalam mengembangkan vaksin generasi baru.

Ketua Pegawai Eksekutif BioNTech, Ugur Sahin memaklumkan, ia merupakan tonggak penting dan beliau gembira dengan keputusan tersebut. 

"Saya sangat gembira... dan pertemuan dengan FDA berlangsung dengan baik.

"Akhirnya vaksin tersebut dapat diedarkan kepada penduduk AS," ujar Sahin dalam satu wawancara bersama CNN.
 
FDA pada Jumaat meluluskan segera vaksin itu untuk digunakan di negara berkenaan.

Ia dijangka mula digunakan dalam masa beberapa hari lagi.

BACA: FDA percepat kelulusan kecemasan vaksin Pfizer

FDA merumuskan bahawa manfaat vaksin berkenaan adalah lebih besar berbanding risikonya.

Negara Uncle Sam itu kini menjadi antara enam negara yang meluluskan penggunaan dua jenis dos vaksin selepas  Bahrain, Kanada, Arab Saudi, Mexico termasuk Britain yang telah mengimunisasi sekurang-kurangnya 2,000 orang.