ANGKA kematian akibat COVID-19 di seluruh dunia kini melepasi 2.614 juta.

Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat (AS) kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 528,287 kes.

Ini diikuti Brazil dengan lebih 268,000 kes.

Mexico, India, United Kingdom dan Itali pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.

Negara yang merekodkan angka korban melebihi 50,000 kes termasuk Itali, Perancis, Rusia, Sepanyol, Jerman, Iran, Colombia, Argentina dan Afrika Selatan.

Manakala negara yang mencatatkan di antara 30,000 dan 50,000 kes kematian ialah Peru, Poland dan Indonesia.

Selain itu, Turki, Ukraine, Belgium, Kanada dan Chile pula mencatatkan lebih 20,000 angka korban.

Kebanyakan negara lain merekodkan angka korban di bawah 20,000 kes.